Perdana Menteri antara orang terawal terima suntikan vaksin Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan beliau merupakan antara individu pertama di Malaysia yang akan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Perkara itu dilakukan bagi menyakinkan rakyat bahawa vaksin Covid-19 yang bakal diperoleh negara adalah selamat dan berkesan.

“Bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin Covid-19 adalah selamat dan berkesan, saya akan jadi antara individu pertama terima suntikan," ujarnya.

Katanya, perkara ini akan diikuti oleh petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta penghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik.



Beliau berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin yang telah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin akan memastikan bekalan vaksin dapat diperoleh pada kadar segera.

"Kerajaan menjangkakan bekalan pertama sejuta dos vaksin daripada Pfizer akan diterima dan mula diberikan kepada kumpulan sasaran seawal Februari 2021," katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam video perkembangan terkini berhubung pemberian vaksin COVID-19 untuk rakyat Malaysia yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia.

Menurut perdana menteri, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan akan terus memantau keberkesanan dan keselamatan vaksin itu dalam kalangan penerima.

"Sekali lagi saya ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama menghayati dan membudayakan norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian walaupun setelah kita menerima bekalan dan suntikan vaksin.

"Kita perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu kerana virus ini telahpun berada dalam komuniti," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengingatkan rakyat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan mengamalkan kebiasaan seperti kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen