Cinta pandang pertama

Assalamualaikum nama aku Hana. Aku merupakan seorang wanita yang berusia hujung 20-an. Aku ingin kongsikan kisah aku dan aku harap para pembaca dapat berikan beberapa komentar tentang kisah aku ni.

Aku sekarang berkenalan dengan seorang lelaki. Aku gelarkan dia disini sebagai Raziq. Raziq merupakan anak kepada kawan mak aku dan ya, kami sebenarnya berkenalan atas aturan keluarga. Masuk bulan ni, dah 3 bulan kami berkenalan tapi kami belum meluahkan perasaan antara satu sama lain. 

Dia pernah kata yang dia anggap aku ni sebagai kawan saja dan dia minta diberikan masa berkenalan sebagai teman dahulu. Aku hanya mengikut kemahuannya kerana aku tak nak paksa dia terima aku walaupun aku suka dia. 

Sebenarnya, aku pernah bertemu dengan Raziq suatu ketika dahulu dan pada pertemuan kali pertama tu aku dha jatuh cinta dengan dia. Ceritanya, ketika tu aku beli baju dan masa nak bayar tu aku tak ada cash dan mesin debit card tak berfungsi. Akhirnya, aku cakap dekat cashier aku nak letak balik baju tu. 

Tiba-tiba ada seseorang dekat belakang aku tanya kenapa tapi belum sempat aku jelaskan dia terus suruh cashier scan baju tu dan dia bayarkan sekali. Aku segan sangat tapi dalam masa yang sama tertawan juga dengan sikap gentleman Raziq walaupun aku tak tahu siapa nama dia ketika tu. 

Sepanjang 3 bulan perkenalan ni aku tak adalah letakkan harapan tinggi terhadap dia. Ye lah, cinta bertepuk sebelah tangan tak berbunyi. Kami banyak juga berhubung melalui whatsapp dan kadang-kadang kami keluarlah juga. Raziq selalu kata yang kami keluar tu bukan dating tapi lebih kepada lepak dan dia buat sebab ikut cakap ibu dia. Aku hanya tergelak kecil bila dia kata macam tu. Memang jelas kami keluar sebagai kawan bukan kekasih jadi, aku tak pernah terfikir pun bila keluar berdua tu adalah dating. 

Cuma, bila aku balik rumah mak akan bertanya tentang perkembangan hubungan kami. Pertanyaan mak selalunya berbunyi,

“Tadi keluar dengan Raziq beli apa je?”

“Hana dan Raziq pergi tengok cincin ke?”

“Raziq ada cakap apa-apa, tak?”

Bila dengar semua persoalan mak, aku rasa macam nak bagitahu je yang si Raziq tu tak da perasaan pun dekat aku tapi entahlah aku tak sampai hati pula nak cakap macam tu dengan mak. 

Aku tak tahulah nak buat apa dengan perasaan aku ni. Setiap malam aku istikharah untuk minta jawapan dan petunjuk. Aku pernah tanya dengan mak aku kenapa nak sangat jodohkan aku dengan Raziq dan mak aku bagi jawapan tipikal mak-mak dalam drama melayu.

“Sebab dia yang terbaik untuk kamu. Lagi pun, Raziq tu baik budaknya.” 

Aku selalu membantah dengan apa yang mak kata tapi mak pula kata dia percaya dengan naluri keibuannya. Hakikatnya aku faham, mak aku ni sebenarnya risau aku jadi andartu tapi aku rasa tertekan juga bila asyik push aku dengan Raziq yang tak ada perasaan dekat aku. Aku ni sebenarnya dah tunjuk effort dah nak dekat dia tapi dia pula asyik kata,

“Hana, awak dah janji dah nak bagi saya masa untuk jadi kawan awak.”

Bila dia dah kata macam tu, aku pun tak tahu lah nak tunjuk effort apa lagi dekat dia. Secara personal, aku tak kisah kalau dia tak nak tapi kalau dari sudut pandang keluarga aku harap dia dapat bagi jawapan yang tepat dan tak buang masa. Entahlah, aku pun buntu. 

 

Aku harap pembaca dapat berikan pandangan tentang kisah aku ni.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen