Sering lawat sahabat sakit, Hafiz Mahamad sebak rakan baik pergi menghadap Ilahi

Oleh: Zuzu Yasmine

Tentunya ramai tahu akan usaha ushawan Hafiz Mahamad yang membantu merawat sahabat karibnya yang sedang terlantar sakit.



Hafiz yang juga merupakan selebriti media sosial itu juga sering kali pergi ke Kelantan untuk membantu rakannya yang dikenali sebagai Loh bagi mendapat rawatan yang lebih baik serta memberi bantuan seperti kerusi roda elektrik.



Loh telah ‘pergi’

Bagaimanapun, hari ini usahawa berusia 27 tahun itu berkongsi satu berita sedih menerusi Instastory bahawa sahabat baiknya itu telah ‘pergi’ menghadap Illahi pagi tadi.



Tahu keadaan sebenar

Menurut perkongsian yang dimuat naik, dia sudah menjangkakan arawah tidak mampu bertahan dalam sewaktu berjumpa dengan sahabatnya buat kali terakhir. Walaupun begitu, jauh di hatinya berharap Loh mampu bertahan dan kembali sihat seperti sedia kala.

“Masa terakhir saya jumpa, masa tu saya dah tau berapa lama jangka hayat dia boleh bertahan. Sebab saya ada juga tanya jururawat,” katanya.

Moga bertemu 'di sana'

Reda dengan pemergian sahabatnya, Hafiz berdoa agar rakannya dapat berehat dari kesakitan yang dihadapi sekaligus bertemu di syurga kelak.

“Takdir dia harini, dia sahabat paling saya sayang, rindu dan cinta. Rehat la Loh. Kita jumpa di syurga nanti,” ujarnya.

Jelas terpancar kesedihan di wajah Hafiz sewaktu berkongsi berita sedih mengenai sahabatnya. Takziah diucapkan dan semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen