5 tahun bercinta tak ada kepastian, gadis pilih kahwin lelaki kenal 3 bulan

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang cakap bila bercinta lama-lama ni akan kenal hati budi pasangan, namun boleh jadi, percintaan bertahun-tahun itu terjalin tanpa hala tuju malah hanya sebuah pengharapan yang tinggi.



Sia-sia habiskan masa bertahun-tahun dengan seseorang yang tiada usaha untuk menghalalkan hubungan. Sampai bila nak mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.

5 tahun bercinta

Seperti kisah gadis ini yang menghabiskan masa bertahun-tahun dengan hubungan tak pasti sebelum berjumpa dengan suaminya sekarang ini.


Dikongsikan di aplikasi TikTok, gadis yang mahu dikenali sebagai Nicaaa ini menyatakan bahawa sebelum dirinya mendirikan rumah tangga, dia menghabiskan masa 5 tahun bercinta dengan bekas teman lelakinya.



3 bulan kenal terus kahwin

Tidak pasti apa punca perpisahan mereka, namun kini dia menyatakan bahawa dia telah menikah dengan seorang jejaka yang baru sahaja dikenali dalam tempoh 3 bulan. Walaupun singkat, namun usaha menghalalkan hubungan itu yang lebih penting.



Kisah yang ringkas namun telah menarik perhatian warganet yang berkongsi pengalaman yang sama malah ada juga yang menyatakan bahawa rata-rata wanita mahukan satu kepastian demi masa depan yang lebih baik bukan sekadar janji yang tak pasti.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen