Dari 137kg ke 76kg, lelaki ini buktikan mampu miliki berat badan ideal secara sihat

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat mereka yang mengalami masalah berat badan, tentu menyimpan hasrat untuk memiliki berat badan ideal satu hari nanti. Malah, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mendapatkan berat badan tersebut.

Namun, sering kali akan berdepan dengan kegagalan dan berputus asa.



Walaupun ada yang menganggap ianya sesuatu yang sukar, namun perkara tersebut berjaya dibuktikan oleh lelaki ini selepas menurunkan berat badan sebanyak 61kilogram hanya dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Dari 137kg ke 76kg

Menerusi capaian Twitter Amin Othman, dia mulanya memiliki berat sebanyak 137kg namun selepas dua tahun mengamalkan gaya hidup sihat dia berjaya mendapatkan berat badan yang diidamkan iaitu 76kg.

Tak minum air manis

Menurutnya, setiap pagi dia akan mengambil oats bersama madu serta tiga potong betik. Malah, dia juga tidak mengambil sebarang minuman manis dan lebih meminum air kosong sewaktu perut lapar. Walaupun dalam berdiet, dia masih mengambil carbohidrat dalam menu sehariannya.



Dia juga menyatakan bahawa dia akan makan hanya sekali makan berat untuk mengurangkan jumlah kalori seharian. Selain itu, dia juga akan mengambil buah-buahan dan biskut mengantikan makan tengaharinya.

Tak lupa senaman juga

Bukan itu sahaja, pada hujung minggu dia juga akan menghabiskan waktunya dengan aktiviti yang sihat seperti akan berlari tiga kali seminggu dan pergi ke gym untuk mengangkat berat.



Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet yang turut bersemangat dalam menurunkan berat badan. Malah, ada juga yang berkongsi pengalman yang hampir sama sewaktu menurunkan berat badan mereka.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen