Dilanggar ketika baiki jalan, warga emas terpaksa dipotong tangan

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap perkerjaan sememangnya mempunyai risiko yang tidak terduga. Namun, jangan pula disebabkan kecuaian orang lain, orang yang tidak sepatutnya perlu berdepan dengan risiko tersebut.



Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa gambar seorang petugas penyelenggara di lebuh raya yang dipercayai alami kecederaan selepas dilanggar oleh pamandu lori yang tidak peka akan keadaan sekeliling.

Cedera dilanggar ketika baiki jalan

Perkara tersebut dikongsikan oleh pengguna Facebook Shahrul Izwan A.Razak, dilihat seorang lelaki terbaring di tengah jalan raya Pasir Gudang selepas dipercayai dilanggar sebuah lori ketika sedang melakukan kerja menyelanggara jalan tersebut.



Perkongsian itu juga turut tular di laman Twitter apabila salah seorang pengguna laman tersebut memuat naik kembali posting berkenaan.



Menerusi gambar yang dikongsi itu, terlihat lelaki yang dikenali sebagai Muhd Sis Latif sedang mengerang kesakitan dan sedang berlumuran darah ketika menanti bantuan tiba.

Tangan terpaksa dipotong

Berikutan kejadian tersebut, Muhd Sis telah mengalami cedera parah di lengannya ketika dikejarkan ke hospital malah terpaksa melakukan pembedahan potong tangan dan kini dalam keadaan yang stabil.



Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai warganet yang rata-rata berharap persalah akan mendapat hukuman setimpal malah turut mendoakan kesembuhan pakcik tersebut.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen