"Hati mereka teringin sangat nak masuk Islam." - 7 sekeluarga ucap syahadah depan Ustaz Ebit Lew

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru sahaja diberi penghargaan di Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME2020) baru-baru ini, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew sekali lagi memberi inspirasi kepada orang ramai dalam mengulurkan bantuannya kepada mereka yang memerlukan.



Menerusi perkongsian beliau di laman Facebook, beliau telah berkongsi momen dimana beliau membantu satu keluarga mengucapkan dua kalimah syahadah di Medan Gopeng, Perak semalam.



Nak jadi macam Ebit Lew

Menurut pendakwah berusia 36 tahun itu, setiap hari ibu dan anak keluarga itu pasti menonton koleksi videonya ketika menjaya pelbagai aktiviti kemasyarakatan malah 7 sekeluarga tersebut juga teringin untuk memeluk Islam dan mahu menjadi jutawan bagi membantu golongan asnaf.

“Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di Facebook. Selalu menangis tengok orang susah. Hati mereka teringin sangat nak masuk Islam. Anaknya semua ingin jadi jutawan boleh bantu ramai orang,” tulisnya.

Tambahnya, anak kecil keluarga ini yang berumur 11 tahun juga menyatakan hasrat mahu menjadi seperti Ustaz Ebit kerana sering menolong orang yang berada dalam kesusahan.


Bahkan, beliau juga meluahkan rasa kagum dengan kerajinan dan kegigihan tujuh beranak ini yang meniaga buah-buahan di pinggir jalan.

Beri basikal

Selain itu, Ustaz Ebit juga mengambil kesempatan dengan memberi lima beradik itu basikal kerana mereka dikatakan sudah lama mengumpul duit untuk membeli basikal.

“Anak ini rajin tengah kumpul duit beli basikal. Saya hadiahkan semuanya basikal. Gembira jumpa keluarga yang sangat baik ini. Doakan perniagaan buah abang dengan kakak ini maju dan berkat,” katanya.

Beliau juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz Hafiz Ng dari Jabatan Agama Perak dan ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Cina serta mereka yang membantu keluarga terbabit.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen