Disangka ingin bertemu, gadis luah rasa terkejut bila bekas kekasih beri kad jemputan kahwin

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun sudah berpisah, namun kadang kala masih meletakkan harapan agar hubungan kembali terjalin. Itulah yang dirasai oleh mereka yang masih belum mampu ‘move on’ sepenuhnya.



Nak buat macam mana, move on itu perlukan masa dan tidak semudah seperti disangkakan. Namun, lebih menyedihkan lagi apabila dalam tempoh move on itu, rupanya bekas kekasih sedang melakukan persiapan untuk mendirikan rumah tangga.

Itulah yang dilalui gadis ini apabila menerima udangan majlis perkahwinan bekas kekasihnya.

Bekas kekasih di hadapan rumah

Dikongsikan menerusi aplikasi TikTok, pengguna akaun Shafana meluahkan rasa terkejut apabila dia melihat bekas kekasihnya muncul di hadapan rumahnya.



Disangkakan ingin bertemu dengannya, rupanya kehadiran bekas kekasihnya itu adalah untuk memberikan sekeping kad jemputan kahwin.

Doakan terbaik buatnya

Bagaikan hilang kata-kata apabila mendapat tahu akan perkara tersebut, gadis ini hanya mempu mendoakan agar insan yang pernah membuatnya bahagia itu berbahagia bersama pilihan hidupnya.

Perkara tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata meminta agar gadis tersebut untuk move on dari hubungan tidak kesampaian tersebut. Malah, ada juga yang turut bersimpati akan nasib gadis tersebut dan mendoakan agar dirinya bertemu dengan orang lebih baik.

Bahkan, ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama seperti yang dialami gadis tersebut.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen