Keluarga mertua

Oleh: Siti Nur Ain

Assalammualaikum nama aku Lia. Suami aku anak sulung dan dia ada seorang adik lelaki. Kira cuma 2 adik beradik dan usia mereka pun tak ada lah jauh mana. Aku nak share story layanan mereka sepanjang aku kahwin dengan suami aku.

Nama suami aku Mail. Adik laki dia baru je kahwin lepas setahun aku dengan Mail nikah. Masa majlis tu lagi aku dah nampak perbezaan layanan mak mertua aku kepada Mail dan adik dia. Adik Mail ni kira macam anak emas mak ayah Mail.

Penuh meriah dan segala perbelanjaan, mak ayah mertua aku yang support. Mereka siap buat dekat hotel dan semua makanan, minumam yang mahal-mahal. Yang tak pernah aku makan dan rasa, semua ada dekat situ. Benda tu pun dah buat aku terkedu dan terasa hati.

Mereka lagi sayangkan adiknya berbanding Mail. Mungkin sebab adik dia lagi pandai, ada rupa dan kerja bagus dan gaji besar. Tak macam Mail yang cuma biasa-biasa je. Tapi aku tak pernah pandang semua tu. Walaupun kami selalu dipinggirkan, tapi kami tetap cuba ambil hati mereka.

Mail dan adik dia still tinggal dengan mak ayah mereka. Sebab mak Mail tak bagi kami keluar dulu. Dia belum ready lagi nak lepaskan kami dan biarkan kami berdikari sendiri. Aku yang mulanya tak nak dan tak puas hati terpaksa terima. Sebab suami aku ni jenis dengar kata semua yang mak dia cakap.

Tapi bila dekat kampung kumpul sama-sama. Kami sekeluarga selalu rasa tersisih. Terkadang aku rasa bersyukur belum dikurniakan anak, sebab aku takut anak aku rasa benda sama. Iya memang, mungkin dengan adanya cucu mereka akan pandang kami sebagai keluarga mereka juga.

Tapi aku yakin bila adik Mail ada anak nanti, anak kami akan terpinggir juga. Nanti dia akan rasa apa yang kami rasa, dan aku tak nak perkembangan dia terganggu sebab ni. Aku tak ready nak tengok anak aku membesar tanpa kasih sayang nenek dan atuk dia.

Dah lah sekarang ni banyak kes stress dan depress. Bukan orang dewasa je, kanak-kanak dan remaja pun dah banyak kes terjadi. Kalau sampai anak aku alami, aku akan rasa aku ni jadi ibu yang gagal. Gagal sampai aku tak sedar dengan keadaan anak sendiri. Aku tak nak semua tu terjadi.

Biarlah orang nak cakap aku ni penakut atau tak nak mencuba. Aku dah berusaha cuba, macam-macam cara aku dah buat. Bukan aku sorang je buat, aku pun nampak usaha suami aku nak buat parents dia terima kami. Tapi satu pun tak berjaya. Satu usaha pun tak melekat dekat hati mereka. Macam mana aku nak ambil resiko lagi besar?

Lagipun aku anak yatim piatu dan semua sedara mara aku jauh. Nasib baik makcik aku sanggup nak jaga dan sekolahkan aku. Mungkin sebab tu juga parents Mail ni macam tak setuju Mail kahwin dengan aku. Tak sepadanlah sebab Mail ni sampai Universiti. Tak macam aku yang setakat SPM je.

Kalau parents aku masih ada lagi, aku tak kesah mencuba untuk lembutkan hati mak ayah Mail dengan kehadiran anak kami. Sebab anak aku tetap akan dapat kasih sayang dari orang tua aku. Tapi semua tu tak akan terjadi. Dan sebab tu aku lagi rela tahan dulu nak ada anak buat masa sekarang.

Memang setiap pasangan suami isteri, mestilah mereka nak anak. Anak dari darah daging sendiri. Tapi mak mana yang nak tegok anak dia kena pulau depan mata sendiri. Tu baru cakap pasal mak ayah Mail, belum lagi cakap pasal wife dan kalau mereka dah ada anak nanti.

Disebabkan wife Mail tahu yang suami dia anak emas mak ayah mertua dia, dia pun mula tunjuk belang dan anggap aku ni sekadar maid dia je. Padahal aku ni isteri abang ipar dia dan umur aku jauh lagi tua dari dia. Tapi cara layanan dia buat aku selalu mengucap dan bersabar.

Pernah aku nak keluar dari rumah dan sanggup nak tidur hotel, tapi suami aku tahan. Dia pujuk dan suruh aku bsabar dengan semua yang aku terima. Dia cakap one day mereka akan berubah dan layan kami lagi baik. Tapi masalahnya bila? Bila mereka nak pandang kami? Dah setahun kami cuba tapi langsung taka da hasil apa-apa.

Takkan selamanya kami jadi macam ni? Tapi akhirnya aku dengar juga cakap suami aku dan cuba nak bertahan lagi. Aku cakap ni semua ujian untuk aku dan Allah tahu aku kuat untuk hadap semua ujian ni. Jadi aku mula terima dengan ikhlas walaupun sakitnya, hanya Allah je yang tahu.

Wife adik Mail akan selalu duduk bilik dan tak pernah keluar nak tolong masak kemas semua. Yang dia tahu bila dah siap semua, baru dia keluar dan makan. Macam biasa dan tak ada rasa bersalah langsung. Kerja dia cuma main telefon, selfie, upload gambar kat internet.

Itulah kerja dia sepanjang dia dekat rumah mak mertua kami. Tapi mak mertua aku langsung tak marah atau tegur dia. Mak tutup mata dan tersenyum pandang menantu kesayangan dia yang kerjanya langsung tak berfaedah macam tu.

Lain dengan aku yang memang kerja dan balik dalam pukul 5 petang. Habis je kerja terus aku kena suruh masak kemas rumah. Padahal aku baru balik kerja dan memang penat sangt. Setiap hari kena buat benda sama dan bila aku kata aku baru balik kerja.

Aku yang disalahkan dan cakap kerja aku cuma kerja kilang. Bukannya penat sangat sampai langsung tak boleh kerja. Kat situ jugak aku kena cop pemalas, tak guna, menyesal aku bagi anak aku kahwin dengan kau. Itulah ayat-ayat yang aku dengar dari aku kahwin sampailah sekarang.

Aku kerja macam orang gila, menantu kesayangan dia pula boleh goyang kaki dan semua kerja, timpa dekat aku. Aku tak ubah macam orang gaji dekat rumah tu, bukan lagi menantu yang kahwin dengan anak mereka. Tapi macam orang luar, orang asing yang tak bernilai di mata mereka.

Aku cuma boleh berdoa sekarang supaya Allah lembutkan hati mereka. Aku tak nak keluarga ni berpecah bila masing-masing saling benci dan tak suka. Walaupun diorang layan aku tak berapa baik, tapi aku tetap sayangkan mereka dan anggap mereka keluarga aku sendiri.

Doakan aku kuat untuk lalu semua ni. Aku taknak akhirnya berpisah dengan Mail sebab tak tahan dengan semua ni. Aku masih percaya apa yang jadi ni ada hikmah dia. Walaupun aku tak tau wujud ke tak impian aku untuk bahagia bersama mereka. Sebab aku tengok dean rasa, macam mustahil.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen