Tak pernah sangka akan berpisah, kakak kembar luah berat hati nak berjauh dengan adik

Oleh: Zuzu Yasmine

Hati mana tak sebak apabila melepaskan seseorang yang paling rapat dan tempat berkongsi semua rasa. Nak-nak lagi jika sebelum ini telah lalui pelbagai kontroversi bersama namun semuanya berjaya dilalui apabila ada adik beradik kembar yang menyokong satu sama lain.



Kembar 7G tamatkan zaman bujang

Baru-baru ini, Siti Norsyafiqah Tajudin atau lebih dikenali sebagai Ieka telah memuat naik beberapa keping foto yang menyatakan bahawa dirinya telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan.

Gadis berusia 19 tahun itu menyatakan bahawa pelbagai dugaan terpaksa dilalui bagi menguruskan hal pernikahan dirinya dan pasangan.



Malah, dia turut menyatakan bahawa pernikahan yang dilangsungkan secara sederhana berikutan kekangan yang dihadapi malah meluahkan rasa syukur kerana semuanya dipermudahkan.

“Alhamdulillah Ieka dah bergelar sebagai isteri yang sah. Bermacam dugaan dan cabaran yang perlu ieka tempuh untuk sempurnakan pernikahan ini,” kongsinya.

Sebak nak berpisah dengan adik

Sementara itu, Iera atau nama sebenarnya Siti Norsyakirah telah memuat naik video momen adiknya sedang mengambil gambar bersama suami tercinta.


Menerusi video tersebut juga, Iera terlihat gagal menahan sebak ketika memeluk adiknya dengan erat malah sempat membisik sesuatu antara satu sama lain.

Luahnya, telah banyak perkata yang dilalui bersama dari kecil hingga dewasa dan Iera turut mengakui bahawa agak sukar untuk dia melepaskan adik kembarnya itu.

“Selalu mesti fikir , kita sampai tua pun tetap sama sama. Tapi ni kan kehidupan, masing masing akan pilih jalan sendiri. Akhirnya, kita pisah jugak,” luah Iera.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut sebak melihat adik beradik ini. Namun, pada masa yang sama turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian adik beradik kembar tersebut.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen