Elak kereta u-turn, team media Ebit Lew terlibat dalam kemalangan

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru sahaja pulang menghulurkan bantuan kepada sebuah keluarga di Penang yang dikatakan telah 8 bulan makan dan tidur di dalam kereta bersama tiga orang anaknya yang masih kecil.



Ustaz Ebit Lew bersama team dikatakan telah bergerak semula ke Kuala Lumpur bagi menghadiri pembukaan Elewsmart di Sungai Besi.

Team media kemalangan

Namun, semasa dalam perjalanan, team media beliau telah terlibat dalam kemalangan betul-betul selepas Tol Duta.



Menerusi perkongsian beliau di laman Facebook, beliau menyatakan selepas melepasi Tol Duta, sebuah kereta dikatakan dari sebelah kiri membuat u-turn ke sebelah kanan. Sedangkan pada laluan tersebut tiada signbord untuk u-turn.



Bagi menggelak kereta tersebut, kenderaan yang dinaiki team media telah melanggar divider di tengah jalan.

Menurutnya, ketika ini beliau berada di Hospital Gleneagles untuk menunggu keputusan ct scan ketiga-tiga team medianya.

Pohon doa ramai

Dikesempatan itu, Ebit Lew memohon dia ramai agar ketiga-tiga mereka selamat dan dalam keadaan baik-baik sahaja.

Malah, beliau turut meluahkan rasa sedih apabila mendengar Teyha, Azrin dan Ijad mengerang menanggung kesakitan.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut mendoakan agar pasukannya kembali pulih dan dipermudahkan urusan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen