Tak sangka jodoh ada depan mata, Dayana Roza pilih kawan baik sebagai pasangan hidup

Oleh: Zuzu Yasmine

“Tidak sangka jodoh ada di depan mata”, itulah yang dikatakan Dayana Roza apabila selepas sah bergelar isteri kepada seorang usahawan A’dale Adham Ayahudin di Majlis Negara semalam.



Menerusi laporan BH Online, majlis yang berlangsung mengikut operasi standard (SOP) yang dihadiri kira-kira 30 tetamu jemputan yang terdiri ahli keluarga dan juga kenalan rapat.



Pelakon berusia 29 tahun itu juga turut meluahkan rasa syukur kerana ikatan mereka kini sudah sah untuk melalui kehidupan bersama-sama.

"Alhamdulillah, terpateri sudah ikatan sah antara kami. Sepatutnya, saya dan suami bernikah pada 12 Disember lalu.

"Namun, kita hanya merancang. Di sebalik ujian pandemik COVID-19 yang membataskan banyak perkara, kami hanya dapat melangsungkan acara wajib dahulu,” luahnya.

Berkongsi kisah cinta mereka, Dayana atau nama sebenar, Nur Dayana Kamsun Baharin berkata, A’dale pernah melamar dirinya 4 tahun lalu namun lamaran tersebut ditolak olehnya.

"A'dale pernah menyuarakan hasrat melamar saya, kira-kira empat tahun lalu. Tetapi, saya menolak lamaran itu.

"Tidak sangka, hasratnya jadi nyata. A'dale sanggup menunggu lama... Jodoh kami kuat," katanya.

Dayana juga berkongsi bahawa mereka telah berkawan rapat dan sering menghabiskan masa bersama malah menyatakan bahawa A’dale pandai mengambil hati ibunya.




A'dale ini kawan gaduh dan suka menyakat saya. Tidak sangka jodoh di depan mata dan saya tidak pernah sedar selama ini.

"Saya sukakan A'dale kerana dia pandai mengambil hati ibu sepanjang kami berkawan," kongsinya.

Pasangan ini tidak menolak rezeki dikurniakan zuriat dalam masa terdekat selain merancang berbulan madu di Langkawi.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen