Sepatutnya nikah pagi ini, bakal pengantin dikhuatiri lemas ketika mandi pantai

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang bakal pengantin lelaki yang dijadual bernikah pada pagi ini dikhuatiri lemas selepas mandi di Pantai Kelulut di Marang, Terengganu petang semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, mangsa Naim Hariri Kamaruddin, 31, dari Cheras, Kuala Lumpur datang bersama ahli keluarga ke daerah ini untuk melangsungkan pernikahan bersama pasangannya, Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, pada pagi ini.



Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dikatakan mandi sebelum ditarik ombak pada 6.40 petang.



Menurut bapa pengantin perempuan, Ismail Awang, 61, berita tersebut diberitahu oleh anaknya ketika sedang sibuk memasang kemah untuk majlis berkenaan.

"Kami bergegas ke tempat kejadian selepas solat Maghrib dan berjumpa dengan ahli keluarga besan.

"Kita reda dengan apa yang berlaku dan berharap mangsa segera ditemui," katanya.

Sempat masukkan gambar

Sebelum kejadian, mangsa juga difahamkan sempat memuat naik satu posting di Instastory ketika berada di pandai bersama ahli keluarga sebelum kejadian.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kini difokuskan di kawasan pesisir pantai dengan pencarian merangkumi jarak tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Setakat pagi ini, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui petunjuk baharu.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen