Beri inspirasi, ini 10 personaliti paling menyerlah sepanjang tahun 2020

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun tahun 2020 merupakan tahun yang agak sukar buat kebanyakkan orang malah bukan hanya di Malaysia sahaja bahkan juga seluruh dunia.

Boleh dikatakan semua sektor terkesan dengan penularan wabak Covid-19 yang masih belum tahu bila akan berakhir.



Meskipun penularan wabak Covid-19 masih lagi menular dalam kalangan masyarakat namun, 10 individu ini dalam diam melakar sejarah tersendiri yang akan memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia yang bakal melangkah ke tahun 2021 tidak lama lagi.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Sebelum Covid-19 melanda negara, tentunya Nama Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tidak dikenali rakyat Malaysia.

Namun, ketika wabak tidak dijangka melanda negara, beliau sebagai Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memainkan peranan penting dalam memerangi wabak yang telah meragut jutaan nyawa itu.

Peranan beliau dalam menangani wabak ini bukan sahaja mendapat perhatian dari rakyat Malaysia sahaja namun beliau juga dikenali di suruh dunia dan mendapat pengiktirafan sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN).



Bahkan, beliau juga antara individu yang menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) - membawa gelaran "Tan Sri" sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, tahun ini.

Terbaru, Dr Noor Hisham dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas MeleTOP ERA 2020 (AME 2020) sebagai menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan.

Ebit Lew

Sentiasa pantas dalam menghulurkan bantuan, siapa yang tidak kenal akan pendakwah bebas kesayangan ramai ini. Sebut sahaja namanya tentu sudah boleh jelaskan setiap kebaikan dan kebajikan yang dihulurkan.

Sentiasa muncul ketika rakyat dalam kesusahan, malah kemuculan beliau ketika mana ramai yang terkesan akibat pandemik COVID-19, dengan menyalurkan bantuan disifatkan sebagai ‘wira’ oleh warganet.



Beliau sangat dikenali sebagai seorang yang dermawan, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 36, sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja tidak kira kaum sehingga kepada haiwan di Zoo Negara.

Bahkan, baru-baru ini juga beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Khas sempena Hari Belia Negara dan Anugerah Wira AME2020.

Datuk Seri Siti Nurhaliza

Miliki suara yang lunak dan merdu malah tidak jemu didengari sepanjang zaman, penyanyi kesayangan ramai ini bukan seorang rendah diri namun beliau juga disegani ramai.

Walaupun sudah berusia 41 tahun, namun penyanyi nombor satu negara ini tampil dengan pelbagai buah lagu khas untuk peminatnya sepanjang tahun 2020.

Mesra dengan panggilan Tok Ti, beliau juga turut disenaraikan oleh Forbes.com sebagai antara 100 selebriti paling berpengaruh dalam media sosial peringkat Asia-Pasifik.



Pengiktirafan itu diberi atas inisiatif Siti Nurhaliza meningkatkan kesedaran dan menggunakan pengaruhnya dalam membantu mempromosikan produk makanan peniaga kecil dan restoran yang terjejas akibat pandemik COVID-19 melalui perkongsian di Instagram Stories (IGs).

Malah, kini beliau juga sedang hamil anak kedua. Tahniah Tok Ti!

Neelofa

Walaupun ada sedikit dugaan terhadap Neelofa mengenai hubungan beliau dan PU Riz ketika ini. Namun, beliau juga turut tersenarai di Forbes sebagai 100 selebriti paling berpengaruh dalam media sosial.



Ia sekali gus menyaksikan dua wakil Malaysia berjaya mengharumkan nama negara sebaris dengan selebriti terkenal dunia termasuk kumpulan k-Pop, Blackpink.



Namun ini bukan perkara pertama bagi pengacara dan usahawan terkenal disenaraikan oleh Forbes.

Selain pencapaian dalam Forbes, beliau turut mencuri tumpuan rakyat Malaysia apabila membuat keputusan untuk berniqab.

Azizulhasni Awang

Meskipun Covid-19 memberi impak kepada arena sukan, namun disebalik cabaran tersebut The Pocket Rocket Man menutup tirai tahun ini dengan penuh bergaya.

Selepas hampir 10 bulan tidak beraksi, Azizulhasni berjaya memenangi pingat emas acara keirin pada Kejohanan Basikal Trek Kebangsaan Australia di Brisbane, baru-baru ini.



Malah menerusi kemas kini di laman Instagram, juara dunia 2017 itu turut berkongsi video memaparkan pelumba Australia, Matt Glaetzer menghadiahkannya jersi Australia selepas tamat majlis penyampaian pingat.

Safawi Rasid

Tekenal sebagai penyerang digeruni Johor Darul Ta’zim (JDT). Safawi Rasid membuktikan bahawa keupayaan yang dimiliki beliau berjaya menarik minat kelab luar negara untuk menyunting pemain tempatan.

Tahun 2020 melakar sejarah manis buat pemain berusia 23 tahun itu selepas beliau dipinjamkan ke Portimonense SC pada Oktober lalu.



Selain berjaya berhijrah ke Eropah, bintang bola sepak negara itu turut dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia selama dua musim.

Malah, Safawi juga dinobatkan sebagai penerima Anugerah Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), pada September.

Luqman Hakim Shamsudin

Selain Safawi, seorang lagi bakat muda negara dalam dunia bola sepak ialah pemain remaja sensasi, Luqman Hakim Shamsudin.

Pemain berusia 18 tahun dari Kota Bharu, Kelantan ini berjaya melebarkan karier bola sepaknya selepas menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab profesional Belgium, KV Kortrijk.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen