Pernah tular nikahi gadis cancer fighter, isteri disahkan meninggal dunia

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini tular seorang lelaki menikahi gadis yang sedang bertarung nyawa melawan kanser limfoma tahap empat pada bulan lalu.



Bagaimanapun, dukacita dimaklumkan, setelah 44 hari bergelar isteri, Fatihah Aireina atau lebih mesra dengan panggilan Nina telah ‘pergi’ dijemput Illahi.

Khabar duka tersebut telah dikongsikan oleh makcik Nina, Izyan Izdihar Shaarani menerusi laman Facebook miliknya.




Turut meluahkan rasa kesedihan tersebut adalah ibu arwah serta ibu mertuanya yang turut mendoakan serta berharap suami arwah tabah dalam dugaan yang dihadapi.



Terdahulu, pasangan ini telah diijabkabulkan pada 16 November lalu dalam majlis yang serba ringkas berikutan keadaan pengantin perempuan serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu.

Justeru, diharapkan Aiman diberikan kekuatan oleh Allah sekuat kuatnya untuk berdepan dengan ujian ini.

Takziah diucapkan dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen