Disyaki positif Covid-19, warga emas sempat minta izin ambil wuduk sebelum dibawa ambulans

Oleh: Zuzu Yasmine

Wabak Covid-19 ini terus sahaja menyerang sesiapa sahaja. Tidak kiralah kanak-kanak mahupun orang dewasa.



Paling tidak sanggup untuk dilihat apabila warga emas dan juga kanak-kanak menjadi mangsa wabak tersebut.

Moga kuat lawan Covid-19

Seperti video yang tular baru-baru ini, apabila seorang warga emas dibawa menaiki ambulans susulan disyaki positif Covid-19.

Rakaman menyentuh hati tersebut telah dimuat naik oleh salah seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai haiqalroslann.



Menurut Haiqal, salah seorang jemaah Surai Asyakirin Bandar Baru Pasir Pekan, Tumpat telah disahkan positif Covid-19. Jadi, lelaki warga emas yang mesra dengan panggilan Pok Sin itu disyaki telah dijangkiti kerana telah menghadiri solat jemaah di surau tersebut.




"Nak ambik air sembahyang dulu"

Lebih menyentuh hati apabila momen sebelum Pok Sin dibawa menaiki ambulans, beliau sempat meminta izin untuk mengambil wuduk terlebih dahulu.



Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata bersimpati dan luahkan rasa sedih apabila melihat warga emas menjadi mangsa kepada wabak tersebut.

Malah, rata-rata warganet turut mendoakan kesembuhan Pok Sin dari wabak yang sedang menular itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen