Dulu jadi tempat mengadu rasa kecewa kerana cinta, tak sangka kini sah bergelar suami isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam percintaan ini ada turun naiknya. Kadang bahagia kadang bermasam muka. Namun, bila terlibat dalam masalah, tentunya perlukan seorang rakan sebagai pendengar dan tempat meluahkan segala perasaan.

Ini kerana, rakan adalah orang yang paling mudah memahami dan juga selesa untuk dikongsi setiap masalah.



Namun siapa sangka, dari seorang pendengar segala masalah cinta, kini berkongsi kasih dalam sebuah kehidupan rumah tangga.

Dari kawan berkongsi rasa kepada suami

Perkara tersebut dikongsikan menerusi akaun TikTok Amirahjoe yang mengimbau kembali saat perkenalan dirinya dan juga suami tercinta.



Menurut Amirah, dirinya berkenalan dengan suami pada tahun 2019 menerusi dm di Instagram dan menunjukkan minat untuk berkawan. Malah, ketika itu suaminya banyak kali menunjukkan pelbagai usaha untuk berjumpa dengannya.



Pada ketika itu, Amirah cuba untuk mengelak kerana dirinya masih lagi trauma untuk mengenali sesiapa kerana kisah cinta yang lalu. Namun, suaminya tidak pernah berputusa asa untuk membuka hatinya.

Bahagia sekarang lebih menghargai

Menurutnya, entah bagaimana tiba-tiba lelaki berkenaan berjaya membuka pintu hatinya semula dan sekaligus menyifatkan percangan Allah yang begitu cantik.

Amirah juga menyatakan bahawa kini dia bersyukur kerana keperitan yang lama sudah hilang sekaliguas bertemu dengan seseorang yang lebih pandai menghargai dirinya.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut merasai kebahagian pasangan ini. Bahkan, ada juga yang berkongsi pengalaman tersalah pilih lelaki namun, mengharapkan pengakhiran yang bahagia seperti pasangan ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen