Isteri terkejut harga sebenar basikal, geng lelaki datang 'backup' suami ini

Oleh: Zuzu Yasmine

Sukan berbasikal sememangnya menjadi trend sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja golongan muda, warga emas juga turut menggemari sukan ini.

Bahkan, mereka ini juga sanggup beberlanja besar semata-mata untuk mendapatkan basikal idaman mereka.

Suami tak bagitahu harga basikal

Namun, baru-baru ini tular seorang wanita yang dikenali sebagai Cik Nils telah meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui harga sebenar yang dibeli oleh suaminya.



Pengguna laman Twitter tersebut telah memuat naik screenshot yang memaparkan basikal suaminya mirip basikal Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia iaitu YB Khairy Jamaluddin yang berjenama Pinarello.



Perkara tersebut dikatakan kantoi selepas pihak Pinarello telah menawarkan untuk membuat penggantian semula basikal KJ yang bernilai RM45,000. Difahamkan, penggantian itu dilakukan selepas KJ terjatuh dari basikal akibat melanggar lubang.



Terkejut akan harga tersebut, wanita berkenaan menyatakan bahawa suaminya tidak pernah memberitahu harga basikal tersebut yang mencecah RM45,000.

“Suami akak beli copy ori

Perkara tersebut telah mencetuskan perhatian ramai, sehingga meninggalkan pelbagai komen yang boleh dikatakan backup suami wanita berkenaan.

Saling berganding bahu menyelamatan suami wanita berkenaan dengan menyatakan bahawa basikal tersebut merupakan copy ori.



“Beli masa sale hari tu”

Walaupun saling tak mengenali ada juga yang menyatakan bahawa basikal tersebut dibeli ketika sale 12.12 dengan harga yang sangat murah.



Melihat akan perkara itu, golongan lelaki sememangnya mempunyai semangat ‘brotherhood’ demi menyelamatkan rakan mereka.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen