Bakal bersatu dengan suami, Dayah Bakar bawa anak jumpa 'baba' buat kali pertama

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan mudah berjauhan dengan suami tercinta sejak awal perkahwinan hinggalah melahirkan cahaya mata pertama. Namun, itulah yang telah dilalui oleh pengacara Dayah Bakar selepas bergelar seorang isteri.



Pastinya ramai yang sedia maklum bahawa Dayah Bakar dan suami, Kapten Hanif Hamidi telah jalinkan hubungan jarak jauh sejak Januari lalu kerana bertugas di Australia.

Video call pengubat rindu

Sentiasa memberi inspirasi kepada pasangan yang jalinkan hubungan jarak jauh, Dayah Bakar dan suami menggunakan video call sebagai penghubung antara mereka. Malah, semua perkembangan anaknya, Achbar Muhammad Fahri juga turut dikongsikan bersama melalui panggilan video call.

Bakal bersatu semula dengan suami

Dalam perkongsian terbaru beliau di laman Instagram, Dayah bakar menyatakan bahawa dirinya akan berehat sebentar dari tugasnya kerana ingin bersatu kembali dengan suami tercinta.



Dayah juga mengucapkan terima kasih untuk setiap doa dan ucapan yang diberikan kepadanya malah, menurutnya dia akan kembali dengan lebih kuat setelah bercuti untuk bertemu suami tercinta.



Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian dari pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar urusan pasangan ini dipermudahkan dan kebahagiaan mereka terus berkekalan.

Bahkan ada juga yang menyatakan akan merindui gelagatnya dalam rancangan ‘Borak Kopitam’.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen