Kekasih hati tiba-tiba minta putus, pemuda tahan sebak hingga tak lalu makan

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila menginginkan seseorang, tentunya pelbagai usaha akan ditunjukkan agar berjaya memikat hati kesayangan. Malah, kadang kegigihan yang ditujukkan untuk mengembirakan hati seseorang yang disukai itu sememangnya patut dipuji.

Namun, tidak semua orang bernasib baik dengan menyambut segala usaha itu dengan hati yang gembira. Boleh jadi, apabila usaha tersebut tidak dipandang malah dikecewakan.



Itulah yang berlaku kepada jejaka ini apabila hasratnya untuk melakukan surprise buat kekasih hati berakhir dengan satu kekecewaan.

Menahan sebak hingga tak lalu makan

Perkara tersebut dikongsikan oleh rakan lelaki itu yang memuat naik video di TikTok @batmancomel dengan merakamkan momen seorang lelaki hanya menundukkan kepalanya.

Kejadian tersebut dipercayai dirakam ketika lelaki tersebut sedang menjamu selera bersama rakannya, malah sebagai seorang sahabat dia berusaha memujuk rakannya itu agar bertenang dengan apa yang telah berlaku.



Kekasih hati nak berpisah

Menurut batmancomel, lelaki terbabit dikatakan dalam perjalanan berjumpa kekasih hati untuk membuat kejutan, namun tidak sangka dibalas pula dengan meminta perpisahan oleh si gadis tanpa sebab yang kukuh.

Bersimpati akan nasib lelaki tersebut, rata-rata warganet meninggalkan kata-kata semangat serta mendoakan agar lelaki berkenaan bertemu dengan seseorang yang lebih baik.

Malah, ada juga yang menyatakan bahawa air mata lelaki tanda keikhlasan kasih sayang sebenar.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen