Cinta masa muda

Salam kepada semua pembaca. Aku Zaza, berusia 27 tahun dan belum berkahwin. Sejak akhir-akhir ni aku tengok ramai yang dah kahwin walaupun pada musim covid ni. Alhamdulillah. Aku ucapkan tahniah kepada mereka yang dah berjaya halalkan hubungan. Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke jannah.

Apa yang aku nak kongsikan ni adalah tentang jalan cerita cinta aku yang tak kesampaian. Aku bukan nak menagih simpati tapi lebih kepada sekadar berkongsi. Aku harap tak adalah yang kecam atau kata yang bukan-bukan. Aku dah bercinta dengan D selama 5 tahun. Kami dah berjanji untuk menjaga hubungan tu sampai ke jinjang pelamin tapi apalah daya sebagai manusia takdir Allah mengatakan yang sebaliknya. Sepanjang 5 tahun perkenalan dengan D hubungan kami tak adalah baik mana, ada juga bergaduh dan salah faham tu tapi masing-masing kalah dengan rindu. Adat bercinta orang kata. Aku ni adalah insan yang memilih dalam berkawan ni dan aku akui aku tak ramai kawan lelaki atau perempuan. Bukan sombong tapi aku ada perasaan tak selesa bila terlalu ramai kenalan. 

Nak dijadikan cerita, D adalah satu-satunya lelaki yang rapat dengan aku dan satu-satunya lelaki yang aku pernah bercinta. Aku sangat sayangkan dia sampai aku tak sanggup nak jauh daripada dia. Aku berkenalan dengan D sebelum masuk U dan kami sebenarnya bertemu ketika zaman sekolah menengah tapi masa tu aku masih anggap dia kawan biasa. Bila dah habis sekolah barulah aku terima dia sebagai seorang teman lelaki. 

Hubungan kami diketahui keluarga masing-masing dan kami juga ambil keputusan untuk sambung belajar di Universiti yang sama dan course yang sama walaupun aku sebenarnya tak berkenan pun dengan course tu. Bila aku taip ni aku rasa kelakar dan agak kurang cerdik juga dengan diri sendiri. Ye lah, sebab cinta dan terlalu sayangkan sesorang aku sanggup buat macam tu serta pertaruhkan masa depan sendiri. Nasib baik aku boleh pass semua subjek course tu mungkin juga dengan kuasa cinta aku terhadap D ketika tu. (Gurau).

Sambung balik. Sepanjang kami belajar di Universiti, kami jarang berenggang kecuali bila dia balik bilik, pergi toilet dan seumpamanya. Hidup aku memang berdua dengan dia dan kami ni sampai digelar pasangan sejoli oleh rakan sekelas dan universiti. Aku tak kisah malah aku lagi suka bila ornag tahu yang D tu adalah kekasih aku sebab aku perasan saja ada yang selalu cuba untuk dekat dengan D. D ni pula seorang yang peramah kadang bengang juga bila tengok dia layankan saja perempuan yang dekat dengan dia walaupun berkali dia kata mereka sekadar kawan tapi setiap kali tu juga aku ingatkan dekat dia yang hubungan kami pun bermula dengan konsep kawan tu. Dia hanya ketawa dan memujuk ku bila aku dah marah dan merajuk. Melalui kuasa pujuk D jugalah aku ni setia dengan dia tanpa ada ragu.

Hubungan kami baik-baik saja pada awalnya tapi bila dah masuk tahun 3 dan ke 4, kami banyak bertengkar. Sekejap putus dan esok lusa sambung balik. Macam budak-budak tapi bila hubungan aku denga D macam tu, aku pelik juga keputusan aku setiap sem semakin baik dan aku mula rasa yang aku tak perlukan D tapi tu semua dusta, aku tetap stay lagi dlama hubungan yang putus sambung tu. Orang kata, langit tak selalu cerah dan awan pun ada mendungnya juga. 

Satu hari, D ajak aku bertemu dekat kafe berdekatan dengan kolej kami. Masa tu kami dalam situasi putus dan aku tak sangka pula yang hari tu adalah hari terakhir kami berbual tentang hubungan kami. D menyatakan bahawa dia dah muak dengan sikap aku dan dia dah bosan dengan hubungan yang macam tu. Dia mengatakan yang aku ni tak matang serta terlalu mengikut perasaan dan emosi. Masa dia kata macam tu, sakit jugalah tapi aku teruskan dengar apa yang dia nak kata. 

Jujur aku akui yang D ni sebenarnya seseorang yang suka pendam. Dia jarang dan seingat aku, hanya beberapa kali saja dia luahkan apa yang dia rasa dalam hubungan kami ni. Akhirnya, D mengungkapkan kata putus yang sebenarnya dan aku pula bersetuju dengan keputusan dia. Aku nampak jugalah masa tu mata dia merah macam tahan nangis. Selang beberapa bulan aku dengar dia dah ada pengganti dan aku pula masih lagi single sampailah kami habis belajar. 

Walaupun cerita ni dah lama dan aku masih lagi single dan masih lagi perbaiki diri aku tapi aku tak benci pun dengan D. Aku masih anggap dia kawan tapi tak adalah rapat macam dulu sebab aku hormat isteri dia. Ya, D dah kahwin dah pun. Jadi doakanlah aku dapat jodoh mungkin tahun depan atau bulan depan ke. Mana lah tahu, doa kalian makbul, kan? Sampai sini sajalah cerita aku. Semoga yang masih single tu segera bertemu jodoh yang baik-baik. Assalamualaikum.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen