Cinta yang salah

Oleh: Siti Nur Ain

Hello semua. Dekat sini aku nak tanya pendapat korang. Jangan kecam dan persoalkan perasaan aku. Aku pun tak minta semua ni jadi.

Aku kenal dengan seorang lelaki nama K. Kami kenal secara tak sengaja dekat satu majlis. Dan hubungan kami makin lama makin rapat. K ni pulak layan aku macam someone yang sangat special. Siapa je yang tak cair, kan?

Itulah apa yang aku rasa dekat K ni. Dan K ni dari awal cakap dia duda anak 1. So memang tak pelik bila kadang-kadang aku nampak dia dengan kanak-kanak perempuan. Aku assume dia tu anak perempuan K.

Aku tak pernah pun ambik kesah dengan status K yang duda. Lagipun aku juga pernah beberapa kali berjumpa anak K. Kami berbual banyak benda dan kami betul-betul bahagia. Tapi pandangan orang ramai tentang duda ni buat aku ragu.

Aku risau nak teruskan hubungan aku dengan K. Sebab family aku juga tak berapa berkenan kalau aku kahwin dengan duda. Terlebih lagi aku ni anak dara dan ada rupa juga kerjaya. Ramai lagi bujang nakkan aku.

Jadi kenapa aku perlu dengan duda yang dah ada anak? Sedangkan yang nak bersama dengan aku pun kira setaraf juga dengan aku. Kira hubungan aku dengan K ni memang ramai yang tak setuju. Tak sesuai dan K ni pun bagi diorang dah agak berumur.

Tapi aku tak hiraukan semua tu. Aku cuba buat keluarga aku faham yang aku cuma nak bersama dengan K. Bukan dengan orang lain walaupun K dah agak berumur dan ada seorang anak. Lagipun cinta tu tak memandang usia.

Jadi apa salahnya berkahwin dengan orang lagi berusia? Bagi aku, aku sayangkan K dan dia satu-satunya laki dekat dalam hati aku. Tak ada laki lain yang setanding K.

Itulah K dekat mata aku, dan betapa aku cintakan dia sangat-sangat. Sampai aku hiraukan kata-kata keluarga aku dan kawan-kawan aku. Satu tahap tu aku rasa mereka semua cemburukan aku dengan K. Sampai buat segala benda untuk halang hubungan aku dengan K.

Tapi semua tu berubah bila aku dapat tahu status sebenar K. Rupanya dia masih lagi sah suami orang. Budak kecil yang selalu main dengan aku tu memang anak bongsu mereka. Yang paling tua dah berusia 10 tahun.

Aku mula-mula tak percaya dengan semua tu. Aku cuba tipu diri aku yang K tak macam tu. Tapi bila aku sendiri jumpa K dan kami bergaduh teruk.

Akhirnya K mengaku yang dia memang masih sah suami orang. Selama ni memang aku bercinta dengan laki orang.

Aku terduduk.

Aku tak sangka, orang yang aku cinta sangat bagai nak rak. Rupanya milik orang lain. Bukan duda seperti yang K cakap. Harapan aku nak bersama dengan dia langsung musnah.

Aku mula rasa benci dekat diri aku. Aku menangis dan langsung tak keluar bilik berminggu. Rasa kecewa, marah, tertipu, kena khianat, sedih semua tu ada dalam diri aku. Keluarga aku yang tengok keadaan aku tak cakap apa-apa, dan tak tanya kenapa.

Mereka biarkan keadaan aku macam tu dulu. Bagi aku tenangkan diri.

Masa aku tengah tenangkan diri. K banyak kali call dan chat aku. Dia minta maaf dan dia cakap dia terpaksa buat semua tu. Dia cakap dia sayangkan aku sangat dan tak sanggup lepaskan aku.

Tapi at the same time, dia pun tak boleh lepaskan bini dia. Sebab bini dia tu amanat dari arwah ayah dia untuk K kahwin dan jaga. Walaupun K tak pernah cintakan bini dia.

K cakap dia cintakan aku, bukan bini dia. Dia kahwin dengan bini dia sebab terpaksa. Keadaan memaksa dia untuk kahwin. Semua tu bukan atas kerelaan K.

Aku yang baca, terdetik rasa kesian dekat K kalau semua yang dia cakap tu betul. Tapi aku pun rasa kesian dekat bini dia. Kalau aku dekat tempat wife K. Mesti aku kecewa gila bila laki aku jatuh cinta dengan orang lain.

Padahal mereka dah pun berkahwin bertahun-tahun, tapi K masih lagi tak ada perasaan dekat bininya. Mereka ada anak pun sebab permintaan family K yang nak penerus, sebab K sorang je anak laki dalam keluarganya.

Itulah apa yang K story dekat aku.

Tapi aku tak tahu. Cinta ni betul-betul buta. Walaupun aku dah kena tipu, dah kecewa. Tapi cinta aku masih lagi untuk K. Aku tak dapat tipu yang aku masih lagi cintakan dia sangat-sangat. Tak kesah lah dia laki orang pun, hati aku tetap milik dia lagi.

Aku dah berusaha tolak perasaan aku dan bencikan K. Tapi K pandai pujuk aku, dan ayat dia manis sangat sampai aku sekali lagi kalah. Sekali lagi aku jatuh dekat lubang yang sama.

Aku tak nak perasaan ni. Aku tak nak hancurkan rumah tangga orang lain walaupun aku cinta gila dekat K. Aku tak nak dikata penghancur masjid orang lain sebab nak bina masjid sendiri. Aku tak nak semua tu. Tapi apa yang boleh aku buat?

Aku kena buat macam mana untuk hilangkan cinta aku dekat K? Untuk relakan K pergi dari hidup aku?

Sekarang aku masih lagi dengan K. Kami masih lagi teruskan hubungan kami. Tapi aku tetap berharap yang ada solusi untuk aku. Yang aku tak akan menyesal kemudian hari, dan yang terbaik untuk aku.

Anda masih keseorangan?

1,115,772 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen