Tampil jernihkan keadaan, adik 'kembar 7G' buat mohon maaf

Oleh: Zuzu Yasmine

Pernah menimbulkan kontroversi dan menjadi bualan hangat akan pasangan kembar yang memperoleh keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan hingga digelar ‘kembar 7G’.

Nama pasangan kembar ini sekali lagi mendapat perhatian apabila memuat naik gambar kereta bernombor plat WA 7G, yang menimbulkan pelbagai reaksi dan kecaman daripada warganet.



Ada yang menyokong mereka malah, ada juga yang menasihati mereka agar tidak menyatakan bahawa kegagalan dalam pelajaran itu sebagai satu perkara yang perlu dibanggakan.

Meminta maaf

Berikutan itu, Iera Tajudin tampil memohon maaf berkenaan kenyataan tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut Iera atau nama sebenarnya Siti Norsyakirah Tajudin, menyatakan bahawa dia bukan lahir dari keluarga yang senang dan telah melakukan pelbagai perkerjaan demi mencari duit.



Malah, dia juga membuat keputusan untuk menyertai dunia perniagaan agar dapat membantu orang lain yang memerlukan perkerjaan.



Bukan niat sebenar

Gadis berusia 19 tahun itu juga menyatakan bahawa dia tidak berniat langsung untuk menyuruh individu lain tidak belajar akan tetapi tujuan kenyataannya adalah untuk menepis tanggapan negatif warganet bahawa orang yang gagal tidak semestinya gagal selamanya.

“Iera jujur, Iera memang tak pandai dalam pelajaran. Sedih, bila orang salah faham dengan statement Iera haritu.

“Iera cuma nak sampaikan supaya stop negative dengan orang, sebab kita pun tak tahu apa yang jadi dekat masa depan.

“Orang yang gagal sekarang tak semestinya akan terus gagal, Iera minta maaf kalau statement Iera buat korang marah,” jelas Iera di ruangan kapsyen.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan kata-kata semangat buat gadis tersebut malah meminta untuk dirinya tidak mempedulikan kata-kata negatif orang lain.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen