Berjaya kumpul dana, Syed Saddiq tunai janji botak kepala demi orang Muo

Oleh: Zuzu Yasmine

Pastinya ramai yang sedia maklum bahawa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang melaksanakan kempen 1Keluarga 1Lapotop dengan mengutip RM200,000 dari sumbangan orang ramai bagi membantu memberi komputer riba buat para pelajar di daerah Muar.

Berikutan itu, beliau juga menyatakan bahawa sekiranya kutipan tersebut mencapai RM200,000 sebelum hari Jumaat maka beliau berhasrat akan membotakkan rambutnya dengan hashtag #Botakchallenge.



Menyesal dengan apa dikata

Melihat ke laman Instagram milik beliau sejak awal pagi semalam lagi, beliau telah mula menghitung detik-detik terakhir sebelum dirinya kehilangan rambutnya.




Ketika jam 8.30 malam, bersiaran langsung di Astro Awani beliau telah mulai menggunting rambutnya dan perkara tersebut mendapat perhatian warganet.

Tidak hanya itu sahaja, ibu beliau, Puan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz yang diberikan kepercayaan untuk menggunting dan membotakkan rambut anak kesayangannya itu.



Pada minit-minit terakhir, Syed Saddiq sempat meluahkan rasa kesal dengan kata-katanya, namun beliau tetap teruskan nazarnya demi rakyat Muar.



Sumbangan terkumpul


Bagi menjayakan kempen 1Keluarga 1Laptop, Syed Saddiq telah berjaya mengumpul RM383,000 pada jam 7 malam semalam.

Justeru itu, beliau sangat berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia terutama mereka yang menjayakan kempen yang dilaksanakan oleh beliau.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen