Ramai pengantin menipu punca tok kadi guna kanta 'check' cincin emas

Oleh: Zuzu Yasmine

Ragam tok kadi ini sememangnya pelbagai, ada yang mencuit hati ada juga yang menimbulkan rasa gerun buat pengantin lelaki. Namun, tok kadi yang satu ini sememangnya menjalankan amanah yang diberi dengan sebaiknya hingga mendapat perhatian di media sosial.



Sebelum ini, tular satu foto yang mana seorang jurunikah kanta khas untuk meneliti ketulenan cincin yang dijadikan mas kahwin bagi pernikahan Azizul Abdul Rashid, 34, dan Siti Nurshakirah Shamsudin, 30.

Hanya jalankan amanah

Jurunikah, Ustaz Harudin Mohd Mydin berkata, tindakannya meneliti ketulenan emas pada majlis pernikahan itu bukannya untuk mencuri perhatian orang ramai, sebaliknya ia sudah menjadi 'rutin' baginya setiap kali menjadi jurunikah.

"Niat saya membuat pemeriksaan secara teliti (ketulenan cincin emas sebagai mas kahwin) bukanlah untuk memalukan pengantin mahupun keluarga mereka, ia hanyalah tanggungjawab dan amanah," ujarnya.

Menurutnya, sepanjang bertugas sebagai jurunikah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, rata-rata pengantin jujur dalam memberitahu kandungan pemberian yang diberikan mereka kepada pasangan masing-masing.

"Pengamalan duhulu, ada pengantin yang berterus terang cincin yang dibeli itu (tidak tulen) bukanlah di kedai emas tetapi di pasar raya.

"Saya hanya menjalankan tugas dengan tanggungjawab dan amanah," katanya.

Tak sangka tok kadi akan periksa

Sementara itu, pengantin perempuan Siti Nurshakirah berkata, dia dan keluarganya juga tidak menyangka tok kadi akan membuat pemeriksaan yang begitu teliti pada majlis pernikahannya.

"Mujur suami bersedia dengan situasi itu, lagipun kami masing-masing yakin emas yang dibeli adalah tulen.

"Resit pembelian juga dibawa ketika majlis itu tetapi tak sangka tok kadi ambil langkah tambahan dengan memeriksa (cincin) menggunakan kanta," katanya.

Tambahnya, dia berharap bahawa gambar yang tular itu menjadi pengajaran kepada bakal pengantin di luar sana supaya jujur dalam memberikan butiran kepada jurunikah.

Detik itu dirakam jurugambar perkahwinan sebelum dimuat naik di Facebook dan ia membuatkan rata-rata warganet memuji ketelitian jurunikah itu yang dianggap unik.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen