Terima dos pertama vaksin Covid-19, Dr Amalina jadi antara terawal

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan wabak Covid-19 yang masih belum tahu bila akan menghilang, beberapa negara telah mula mengagihkan vaksin kepada rakyat mereka.

Seperti yang diketahui umum, vaksin Covid-19 telah berjaya dihasilkan oleh beberapa syarikat farmaseutikal antarabangsa dan antara yang dikenali Pfizer-BioNTech.



Walaupun ada yang mengeluh akan kebimbangan vaksin ini, namun beberapa rakyat negara ini telah pun menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 tersebut.

Menjadi antara pertama

Antara individu yang menerima suntikan pertama tersebut adalah Dr Nur Amalina Che Bakri atau lebih mesra dengan panggilan Dr Amalina yang merupakan pelatih pakar bedah.



Perkara tersebut dikongsikan sendiri menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik sebuah posting yang menunjukkan gambar dirinya sedang disuntik dos pertama vaksin tersebut.

Fakta mengenai vaksin

Menerusi perkongsian tersebut juga, beliau turut menjelaskan beberapa fakta mengenai vaksin yang diambil dengan lebih jelas malah turut mengekang pelbagai mitos vaksin yang tersebar dalam kalangan masyarakat.


Perkara tersebut telah mendapat perhatian dari warganet yang turut mengambil kesempatan untuk bertanya kepada beliau akan beberapa soalan berkenaan vaksin, malah ada juga yang meminta dirinya berkongsi keberkesanan vaksin tersebut.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen