3 tahun tanggung sedih kerana nak 'move on', gadis tak sangka dilamar bekas kekasih

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun pernah berpisah kerana rasa tiada sefahaman atau sehaluan lagi, tapi itu hanya sangkakan sahaja. Boleh jadi bila jodoh sememangnya ditakdirkan bersama akhirnya akan disatukan juga meskipun telah berpisah bertahun-tahun.



Itulah yang terjadi pada gadis ini apabila dilamar oleh bekas kekasih selepas 3 tahun berpisah.

Dilamar bekas kekasih

Memuat naik kisahnya menerusi video di akaun TikTok, gadis yang lebih mesra dipanggil Siti ini menyatakan bahawa dirinya telah dilamar semula dengan bekas teman lelakinya.



Menurutnya, hubungannya dengan lelaki yang dikenali sebagai Azri itu telah terputus pada tahun 2017 lalu, malah tidak sangka jodoh mereka masih kuat.



Bukan itu sahaja, Siti juga menyatakan bahawa dalam tempoh 3 tahun itu dia sememangnya melalui fasa sedih untuk move on sepenuhnya.

Tak nak lepaskan peluang

Tambahnya, bekas kekasihnya mendapat tahu bahawa dirinya itu masih single dan terus merebut peluang itu dengan meminang dirinya. Berkat restu ibu bapa masing-masing, mereka ini sedang menanti hari bahagia untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.



Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dari warganet yang rata-rata turut tumpang gembira namun, pada masa yang sama juga ada yang menyatakan bahawa mereka tidak sanggup untuk berjodoh dengan bekas kekasih mereka.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen