Cinta dan Mencintai

Assalamualaikum semua pembaca. Salam tahun baru 2021. Aku doakan tahun ni adalah tahun yang baik dan tahun kita menyebarkan cinta serta aura positif. So, aku nak tulis tentang pandangan aku terhadap cinta. Ni pandangan secara peribadi dan aku tak kisah kalau pembaca tak setuju. Harap kita boleh berbagi pandangan yang baik-baik.

Setiap insan di  muka bumi memang diciptakan perasaan cinta dan cinta tu yang membimbing kita. Kalau kita rasa cinta yang kita miliki tu adalah cinta yang baik maka banyak kebaikan yang kita akan dapat dan macam tu juga sebaliknya. Cinta ni maksudnya sangat luas. Bukan cinta antara lelaki dan perempuan saja tapi cinta kepada haiwan, harta, kehidupan dan diri sendiri. Tanpa cinta kepada haiwan dan belas kasihan kepada mereka, maka banyaklah manusia yang layan haiwan macam tak ada perasaan. Mungkin, pada pandangan kita haiwan tak ada akal jadi kita rasa kita berhak untuk seksa mereka. Hakikatnya, bila kita buat macam tu kita ni lebih teruk daripada haiwan. 

Berkasih sayang antara manusia tu penting tapi menyayangi haiwan adalah sesuatu yang dituntut dalam agama Islam dan agama lain pun tak pernah benarkan penganutnya seksa haiwan melainkan itu ajaran yang menyimpang. Tak kisahlah haiwan tu haiwan yang haram sekali pun untuk kita makan tapi kita tak ada pula disuruh seksa haiwan-haiwan tersebut. Zaman sekarang ni, orang buat jahat pun nak dirakam. Berapa banyak yang kita tengok video-video viral yang melibatkan penyeksaan haiwan? Mana rasa cinta kita terhadap alam? Rasulullah sendiri adalah pencinta haiwan, tak akan kita manusia biasa ni tak ada rasa cinta terhadap haiwan? 

Selain tu, cinta kepada harta. Mencintai harta bukan bermaksud tamak atau taksub dengan harta tapi lebih kepada menghargai. Contohnya bila kita miliki sesuatu tak kisahlah kita beli sendiri atau orang lain bagi, kita kena hargai. Kalau beli sendiri hargai titik peluh kita sebab tu pun salah satu tanda kita bersyukur dan ni pun melibatkan cinta terhadap diri sendiri. Kita tak dilahirkan untuk senangkan hati semua orang secara terpaksa. Kita berhak memilih dengan siapa kita nak berkawan. Siapa yang sepatutnya ada dalam lingkungan hidup kita. Bila orang bagi pula, kita kena hargai sebab tu tanda kita hormat dengan si pemberi. 

Jangan lepaskan peluang untuk jadi orang yang baik. Orang toxic dengan kita? Takkan kita pun nak sumbangkan diri dalam golongan macam tu? Jadilah baik untuk diri sendiri. Faham konsep hidup diri sendiri. Kita hidup ni dengan matlamat. Kita hidup dengan tujuan. Besarkan matlamat kita dan jangan pandang rendah dengan matlamat hidup orang lain. Kebahagian akan hadir dengan waktu yang tepat tapi tak bermakna kita kena menunggu tanpa mencari kebahagian tu. 

Sekarang ni, kita sedar atau tidak disekeliling kita ada saja yang hidap masalah depression. Aku tak nak sentuh benda ni secara dalam tapi aku nak kita sebagai masyarakat kena bagi ruang untuk mereka rawat depression tu bukan tutup peluang untuk mereka dalam komuniti. Aku tahu, aku bukan sesiapa pun nak cakap pasal benda ni tapi ni lah hakikatnya. Mereka yang ada depression ni bukan seseorang yang lemah tapi mereka ni adalah insan yang terpilih dalam perjalanan hidup mereka. Jangan terlalu cepat menilai dan terlalu cepat keluarkan kata-kata yang tak bernas dalam alam maya atau alam nyata. Kita kena ingat, apa yang kita bagi kita akan dapat balik. Mungkin bukan sekarang tapi akan tiba dalam waktu yang sesuai dengan tulisan takdir Tuhan.

Kau hargai orang lain, maka kau akan terima penghargaan. Kau hormat orang, orang akan hormat kau. Jadilah pemberi dan juga penerima. Hargai hal-hal kecil yang berlaku dalam hidup kita dan kita supaya kita ni layak dapat sesuatu yang besart dengan izin-Nya. Jangan putus asa dan beri ruang untuk diri kalian belajar mencintai diri sendiri. Bukan selfish, tapi be yourself. Fitrah manusia tu adalah kebaikan dan sebenarnya kebaikan tu adalah kalian. Selamat menjadi insan yang baik dan terus sebarkan kebaikan serta jangan tinggalkan cinta kepada diri sendiri. 

 

Sekian. Assalamualaikum!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen