Hanya 5 minggu kenal, Datuk Ziela Jalil akui sudah dirikan rumah tangga

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini, terdapat desas desus yang menyatakan bahawa seorang penerbit telah berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada seseorang yang berpangkat datuk.

Perkara tersebut hangat diperkatakan oleh warga Twitter hingga nama penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Ziela Jalil terlibat sama.

Tidak hanya itu sahaja, susulan ciapan di laman Twitter oleh seorang wanita yang mendakwa dan mendedahkan dia sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua.



Tidak mahu perkara tersebut menjadi buah mulut warganet, Ziela, 51, atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil tampil menjelaskan perkara sebenar.

Bukan mudah nak buat keputusan

Ziela mengakui bahawa dirinya telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pengerusi masjid pada tahun 2019 selepas lima minggu berkenalan dengan lelaki berkenaan.

"Ya, saya sudah bernikah pada 17 Februari 2019 dan menjadi isteri kedua kepada pengerusi masjid, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar. Majlis saya diadakan di masjid di ibu negara yang berwalikan bapa saudara dengan disaksikan keluarga sebelah bapa, mak saya, anak-anak dan dua teman rapat.

"Kami hanya berkenalan lima minggu saja sebelum dia menyatakan hasrat untuk mengahwini saya. Bagi saya, keputusan berkahwin sekali lagi bukan keputusan mudah. Apatah lagi menjadi isteri kedua.

"Saya anggap ia adalah takdir dan jodoh. Kalau boleh diberi pilihan, saya pasti bukan ini pilihannya. Mungkin ramai yang mempertikaikan keputusan ini. Jawapan saya mudah, kalau memang saya nak kahwin dengan suami orang, dari dulu lagi selepas arwah suami meninggal dunia," katanya.

Semua berlaku dalam masa singkat

Katanya perkahwinan dengan suaminya yang berusia 55 tahun itu bukanlah satu perancangan.

"Sepanjang 11 tahun arwah suami meninggal, memang tidak pernah terbuka hati atau ada perasaan untuk berkahwin lagi. Apabila orang usik saya mengenai soal kahwin, saya akan berasa 'piss off'.

"Sebenarnya, saya selalu cakap pada orang tak nak, takkan dan tidak mungkin berkahwin lagi. Tiga ayat ini akhirnya saya telan balik sebab Allah yang menggenggam dan membolak-balikkan hati saya.

"Jadi, pada saat saya terlalu cintakan arwah, ternyata Allah berkehendak lain. Allah hadirkan takdir lain untuk saya.

"Arwah sentiasa ada tempat yang istimewa di hati saya. Begitu juga cinta lain daripada orang lain iaitu suami kini akan ada di sisi lain dalam hati saya.

"Jadi, apabila berlakunya perkahwinan ini, ia bukan perancangan saya. Kalau tidak, masakan saya tunggu selepas 11 tahun arwah meninggal dunia baru nak kahwin. Bukan bidang kuasa saya mengenai jodoh. Apatah lagi semuanya berlaku dalam tempoh yang sangat singkat," ujarnya.

Ditanya kenapa baru sekarang dia terbuka berkongsi mengenai perkara itu, Ziela mengakui dalam situasi dilalui dia perlu menjaga hati banyak pihak membabitkan kedua belah keluarga.

Terdahulu, Ziela yang berkahwin dengan Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pada 1991 dikurniakan dua anak iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah. Ziela juga mempunyai seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen