Sangkut dalam banjir, abang lori sempat masak 'Maggi' siap ajak bomba makan

Oleh: Zuzu Yasmine

Hujan lebat berpanjangan di beberapa kawasan telah mengakibatkan air naik tanpa di duga. Bahkan sudah hampir ribuan penduduk di beberapa kawasan juga telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Tidak hanya penempatan sahaja yang terjejas, banjir kali ini juga memutuskan laluan-laluan utama berikutan limpahan air yang tidak dijangkakan.



Pelbagai jenis kenderaan yang dikatakan tersangkut di dalam bajir malah tidak dapat melintas air yang deras mengalir itu.

Abang lori sangkut banjir

Perkara yang sama juga berlaku kepada seorang pemandu lori yang dikatakan tersangkut di dalam banjir.



Dikongsikan di aplikasi TikTok, pemadu lori yang mahu dikenali sebagai Iskandar ini terlihat tersangkut di air banjir bersama lorinya.

Sempat masak ‘Maggi’

Apa yang uniknya, ketika dalam keadaan tersebut dirinya tidak melahirkan rasa bimbang namun sempat memasak mee segera di dalam lori seorang diri.



Berdasarkan rakaman tersebut juga, beberapa anggota Bomba menghampiri lorinya mengajaknya turun kerana air semakin naik, akan tetapi ditolak olehnya dengan alasan ingin mengisi perut terlebih dahulu.



Pemuda berkenaan juga sempat mengajak anggota Bomba berkenaan menjamu selera mee segera yang sedang dimasaknya di dalam lori berkenaan.

“Pasal perut tak boleh bawa bincang.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat pemuda berkenaan malah ada juga yang menasihati agar pemuda berkenaan untuk meninggalkan lorinya dan selamatkan nyawa terlebih dahulu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen