Bersedia untuk berumah tangga, Intan Ladyana bakal kahwin Mac ini?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan lagi satu teka teki akan hubungan cinta antara pelakon Intan Ladyana, 38, bersama kekasih hati pengacara Harris Alif, 21.

Malah, Intan juga tidak mengiya atau manafikan pengkhabaran mengenai dia dan Harris yang dikatakan kini dalam perancangan untuk berkahwin.



Pasangan yang berbeza usia 17 tahun ini dikata merancang berkahwin pada Mac depan dan kini masih dalam proses mencari lokasi sesuai untuk majlis hari bahagia itu.



InsyaAllah akan diberitahu


Bagaimanapun, pelakon drama Bougaunvilla ini menyatakan bahawa dirinya akan berkongsi perkara tersebut bila masa yang sesuai.

"Insya-Allah, bila tiba masanya akan diberitahu juga nanti, tunggulah. Bukan saya taknak mengaku (rancang kahwin), tapi biarlah sampai masanya dahulu.

"Saya ini jenis orang yang tidak suka bercerita, kalau tak ada apa-apa lagi. Cuma, yang boleh saya cakap sekarang, Insya Allah akan diberitahu nanti," katanya.



Doakan baik-baik saja

Ditanya juga mengenai kesediaannya untuk melangkah ke fasa berumah tangga, Intan berkata pada usianya sekarang tidak mungkinlah, dia masih tidak bersedia lagi.

"Insya- Allah, saya dah sedia. Pada umur saya kini, kalau masih tak sedia, tak tahu lah. Apapun doakan sahaja.

"Dalam soal peribadi ini, saya memang tak gemar bercerita sangat. Sejak dari dahulu, saya memang memilih untuk lebih berkongsi cerita mengenai kerjaya berbanding peribadi," ujarnya

Terdahulu, pasangan ini dikatakan telah berkenalan sejak 10 tahun yang lalu dan cinta berputik setelah berjumpa kembali.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen