Usahawan terharu dapat bantuan pampes & susu anak ketika terkandas dalam banjir, janji akan berjumpa di KL

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika ini, negara sedang berdepan dengan satu banjir besar dibeberapa kawasan hingga mengakibatkan laluan utama terputus malah banyak penduduk terpaksa dipindahkan di beberapa kawasan.

Ramai yang terkandas dan tidak dapat meneruskan perjalanan mereka termasuk usahawan, Hafiz Mahamad dan keluarga.



Menerusi Instagram miliki personaliti media sosial itu, mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke ibu negara dari Kelantan bersama isteri dan anaknya.

Terkandas di tengah-tengah kerana banjir

Bagaimanapun, perjalanan mereka terhenti apabila mereka sekeluarga terperangkap dalam banjir di Raub Pahang selepas jalan utama dinaiki air setinggi hampir 1 meter.



Disebabkan itu juga, mereka terpaksa berpatah balik ke Kuala Lipis untuk mencari tempat penginapan bagaimanapun semua hotel dan homestay telah penuh.

Tak perasan susu dan pampes tinggal sikit

Selain berdepan dengan kesesakan dan bermalam di dalam kereta, Hafiz dan isterinya Syafiqah Aina juga tidak perasan bekalan susu dan pampes anak mereka Raisya Narisa tidak mencukupi.




Walau bagaimanapun, ketika dirinya sedang membuat ‘live’ di Instagram teiba-tiba dia didatangi beberapa orang individu yang menawarkan pampers dan susu buat anak mereka.



Terharu dengan apa yang berlaku, Hafiz berjanji untuk berjumpa dengan dua individu berkenaan selepas tiba di Kuala Lumpur nanti.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan komen positif yang menyatakan bahawa inilah balasan buat dirinya yang suka membantu orang lain dalam kesusahan.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen