Salah ke aku nak dirinya?

Oleh: Siti Nur Ain

Assalammualaikum semua, kenalkan diri aku K. Before aku nak story, aku nak cakap terima kasih dekat admin kalau cerita ni disiarkan.

Aku seorang lelaki bujang yang ada kerjaya dan dah ada harta. Orang cakap memang aku dah sesuai sangat untuk kahwin. Dan memang betul, tak susah untuk aku cari someone yang nak kahwin dengan aku. Sebab aku dah ada semuanya.

Tapi sampai sekarang aku tak jumpa perempuan yang boleh buat aku jatuh cinta. Kebanyakkan mereka nak dekat aku, sebab aku ada harta. Bukan sebab cintakan aku dan mereka tak ikhlas nakkan dekat aku.

Sampailah aku jumpa dengan seorang perempuan bernama M. Aku kenal dia secara tak sengaja dan aku tahu dia ikhlas nak dengan aku. Sebab dia okay je keluar dengan aku walaupun aku cakap aku pinjam kereta kawan. Sengaja aku nak uji dia macam mana.

Dan hasilnya, dia terima aku. Walaupun masa tu dia tak tahu aku ni kira berharta orangnya. Tapi yang jadi masalahnya, dia janda anak 2. Anak-anak dia masih kecil, yang sulung baru darjah 1 dan bongsu umur 4 tahun.

Keluarga aku memang tak terima M. Sebab parents aku cakap yang aku boleh jumpa someone lagi baik dari M. Aku bujang so takkan nak berkahwin dengan janda? Kakak dan abang aku pun cakap benda yang sama.

Nanti apa kata sedara mara, jiran semua kalau sampai aku kahwin dengan janda. Kira nanti air muka parents aku akan jatuh. Kalau sampai aku betul-betul pilih M jadi isteri aku.

Tapi aku tak kisah semua tu. Lagipun yang nak kahwin tu aku, yang nak bersama M tu aku. Takkan lah aku kena ikut cakap orang luar bila tu berkait dengan masa depan aku? berkait dengan kebahagian aku?

Aku dah cuba terangkan dan slow talk dengan family aku. Tapi langsung tak berjaya. Sorang pun taknak dengar apa yang aku cakap. Mereka lebih pilih dengar cakap orang luar, sedara mara yang bukannya rapat mana pun berbanding anak dan adik mereka sendiri.

Aku tahu family aku risaukan dan nak yang terbaik untuk aku. Mereka takut aku tak tahan dengan kata-kata orang bila dah kahwin nanti. Mereka risaukan masa depan aku. Takut aku akan kalah kalau teruskan niat aku.

Tapi tak salahkan kalau aku nak cari bahagia sendiri? Kalau aku nak cuba berdiri dengan kedua kaki aku? Rasa macam mana beratnya tanggungjawab tu dan sedia terima semua risiko dengan keputusan aku.

Lagipun perempuan yang seperti M bukannya semua bersalah. Banyak je kes perempuan minta cerai sebab suami dia kejam, naik tangan, penagih dan macam-macam lagi. Bukannya kalau janda je terus. ‘Oh mesti dia buat hal. Tu yang laki dia ceraikan dia.’

Kenapa buruk sangat status janda tu dekat mata orang lain? Kalau dia suka dekat janda atau duda sekalipun, tu tak ada masalah. Asalkan mereka saling cinta dan boleh terima pasangan masing-masing. Itu pendapat aku.

Tapi kenapa orang lain susah sangat nak terima? Tak ada cakap pun yang bujang kena kahwin dengan anak dara. Jadi apa salahnya kalau aku nak kahwin dengan M? Tapi kenapa ramai sangat yang halang hubungan kami?

Tak mungkin aku nak bawak M kahwin lari. Aku masih lagi fikir perasaan family aku kalau sampai aku kahwin lari. Aku tak nak jadi anak derhaka. Aku pun tahu yang syurga aku dekat bawah tapak kaki mak aku.

Maaf juga kalau korang tengok aku ni emosi sangat. Aku cuma marah dan tertekan. Bukan marah dekat family aku. Aku cuma marah bila orang luar cakap yang bukan-bukan sampai family aku takut aku dengan M. Dan aku tertekan sebab aku still tak jumpa jalan keluar.

Aku sayangkan family aku, tapi dalam masa sama aku cintakan M. Aku nak jadikan dia isteri aku dan aku sedia jadi ayah untuk anak-anak dia. Tapi tetap aku tak boleh abaikan family sendiri.

Kami dari kecil dah diajar untuk utamakan family dulu, barulah orang lain. Aku pun tak sanggup bayangkan untuk bergaduh dengan abang dan kakak aku. Kami dari kecil lagi memang rapat dan selalu bersama. Walaupun mereka berdua dah kahwin, tapi perhatian diorang tetap masih sama.

Tapi bila aku tengok mereka bahagia dengan pasangan masing-masing, aku jadi cemburu. Sebab parents aku dengan lancar boleh terima kakak ipar dan abang ipar aku. Tak ada masalah sikit pun.

Tak macam aku ni, nak dengan orang yang aku cinta pun susah sangat. Banyak je halangan untuk aku dengan M.

Patut ke aku give up je dengan M dan lagi pilih bujang sampai bila-bila? Atau aku teruskan berkahwin dengan M walaupun family aku tak terima M? Nanti bila dah kahwin baru kami fikir sama-sama macam mana nak ambil hati family aku.

Unuk family M, mereka tak ada masalah. Mereka terima aku dengan tangan terbuka dan dah anggap aku macam anak mereka sendiri. Anak-anak M pun dah start panggil aku ayah. Memang rasa bahagia bila dengar diorang panggil aku macam tu.

Tapi aku sekarang dekat tengah-tengah. Aku tak tahu keputusan mana yang patut aku buat. Aku tak tahu sama ada nak pilih family atau pun M.

Pembaca semua, apa yang patut aku buat? Aku rasa putus asa sangat sebab aku tak jumpa jalan keluar. Hati aku pun berbelah bahagi sama ada nak teruskan niat aku. Atau jadi pengecut dengan undur diri dan buang M dari hidup aku.

Tapi M sorang je selama ni yang boleh buat aku jatuh cinta dan sayangkan dia. Aku tak tahu aku sanggup ke tak kalau nak buang dia. Aku tersepit antara keinginan aku, dan keinginan family aku. Tapi aku pun nak bahagia tanpa kehilangan salah satu.

Aku harap korang semua sudi bagi pendapat korang untuk masalah aku. Mungkin bagi korang kecil, tapi ni juga untuk masa depan aku yang akan datang nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen