Mawar Karim & anak dijangkiti Covid-19, Fizo Omar doakan kesembuhan

Oleh: Zuzu Yasmine

Bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Abdul Karim dan anak mereka, Wan Maryam disahkan positif Covid-19, semalam.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Mawar sendiri menerusi ruang Insta Story yang menyatakan mereka dibawa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, Mawar tidak menyatakan hospital mana mereka dibawa.






Menerusi satu hantaran Instagram milik ahli perniagaan itu, turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka malah menyatakan bahawa dia dan Maryam perlu kuat melawan virus berkenaan.


Sementara itu, Fizo turut berdoa dan berharap Mawar dan anaknya terus kuat.

"Terus kuat dan banyakkan berdoa. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Semoga cepat sembuh," katanya.

Berikutan itu, pengikutnya meninggalkan pelbagai komen yang positif serta mendoakan agar Mawar dan Maryam dipermudahkan segala urusan dan terus kuat dalam menempuh dugaan ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen