Luahan seorang anak

Kenalkan nama aku Q. Dekat sini aku nak luahkan perasaan aku. Aku anak tunggal dan tak ada kawan. Jadi dekat confession ni lah jalan untuk aku luahkan masalah aku.

Aku salah satu anak yang mengalami masalah broken home. Walaupun tak nampak dan dekat luar kami macam keluarga bahagia, sempurna. Tapi itulah kenyataannya. Mereka cuma berpura bila ada dekat depan orang ramai.

Mungkin malu tak nak orang luar cakap pasal mereka. Aku pun mulanya tak tahu yang orang tua aku tak bahagia. Sebab depan aku juga, mereka berlakon saling sayang. Sampai aku ingatkan yang kami ni memang keluarga bahagia.

Perkahwinan mereka langsung tak ada cinta. Mereka berkahwin pun sebab dijodohkan oleh atuk dan nenek aku. Bukannya tak cuba untuk saling jatuh cinta, tapi tetap tak berhasil. Walaupun dah kahwin sampai bertahun-tahun.

Macam mana aku boleh tahu?

Sebab mak aku dulu yang kantoi dengan aku. Aku ternampak dia keluar jalan sama-sama dengan boyfriend dia. Bukan main mesra aku tengok mereka masa tu.

Bila aku balik rumah, marah-marah dan mintak mak aku jelaskan semuanya. Barulah mak aku story apa yang terjadi sebenarnya. Rupanya mak dan ayah aku memang ada kekasih dekat luar sana. Mak aku dengan lelaki yang aku nampak tadi.

Sedangkan ayah aku pulak dengan seorang yang aku kenal sangat. Ayah kenalkan perempuan tu sebagai kawan baik dia. Tak sangka pula rupanya ada maksud lain disebalik perkataan kawan baik tu.

Benda ni aku tahu masa aku tingkatan 3. Bayangkan masa tu aku nak ambik PMR dan tiba-tiba aku dapat berita macam ni. Memang rasa jatuh dan down gila. Aku langsung tak belajar sebab aku rasa shock. Shock dengan semua lakonan yang mereka buat.

Mereka tak nak berpisah sebab fikirkan aku. Mereka tak nak aku sedih dan nak tunggu aku dewasa sikit. Supaya nanti boleh terima berita yang mereka sebenarnya nak bercerai. Kira aku ni macam penghalang kebahagia mereka.

Kebahagian mereka untuk bersama dengan kekasih masing-masing. Dan aku terfikir, patutlah selama ni aku tak ada adik walaupun aku mintak. Rupanya mungkin mereka fikir, dah ada aku sorang je menyusahkan. Inikan pula nak tambah lagi satu.

Lagi sedihnya bila ayah cakap wujudnya aku sebab permintaan atuk. Kalau tak, aku rasa memang aku tak wujud dekat dunia ni. Aku ni memang langsung tak diinginkan ke? Rasa macam… sedihnya hidup aku. Lahir sebab keinginan atuk nak cucu je.

Bila aku dah tahu cerita yang sebenar, untuk kali pertamanya aku tengok mereka bergaduh. Mereka tak segan-segan nak gaduh dan bertekak depan aku.

Selama ni mereka buat sembunyi-sembunyi, tak nak aku tahu. Tapi bila dah terbongkar, buat apa nak sembunyikannya lagi, kan?

Mungkin tu juga cara mereka untuk tunjukkan yang mereka langsung tak sehaluan depan aku. Supaya kalau aku ada angan-angan nak satukan mereka balik. Atau buat mereka jatuh cinta, abaikan je lah semua tu. Semua tu memang tak berguna.

Dan aku pun langsung tak ada niat nak satukan mereka. Bila aku tengok mereka bergaduh dengan baling pinggan, cawan, pasu semua. Sampai kaki aku berdarah sebab terkena kaca, aku terus rasa lagi elok mereka bercerai.

Aku tak kesah korang nak cakap aku ni anak yang jahat. Tapi kalau kau dekat tempat aku, korang sanggup ke balik sekolah je tengok rumah huru hara dengan kaca pecah sana sini? Mak ayah langsung tak bertegur dan bercakap.

Jangan cakap, nak pandang muka masing-masing pun tak nak. Aku lagi pilih mereka bercerai dan cari kebahagian masing-masing. Tapi mereka cakap, mereka akan bercerai bila aku dah masuk U. Baru lah secara rasmi mereka akan berpisah dan buat hal masing-masing.

Dan akhirnya aku sekarang dekat U. Walaupun aku dapat keputusan SPM cukup-cukup makan masa tu, Alhamdulillah aku diterima dekat U yang memang familiar dekat telinga korang.

Sesuai janji mereka, mereka sekarang tengah dalam proses penceraian. Ayah aku dah jatuhkan talak dekat mak aku.

Jujur lah siapa je yang tak sedih bila parents brcerai. Semua orang akan sedih. Tapi kalau perpisahan ni boleh buat mak ayah aku lagi gembira. Aku sanggup tengok mereka bercerai. Dari duduk satu rumah, tapi macam stranger.

Tapi bila pertanyaan ‘nak pilih duduk dengan mak ke ayah lepas ni’ keluar dari mulut mak, aku terdiam. Aku tak tahu nak duduk dengan siapa. Sebab aku yakin sangat, habis je tempoh iddah mak aku akan berkahwin dengan lelaki itu.

Ayah aku pun akan terus lamar kekasih dia dalam waktu yang terdekat ni. Nampak lah ayah aku memang dah lama tunggu saat ni. Saat akhirnya dia boleh berkahwin dengan perempuan tu.

Jadi bila soalan tu muncul, aku jadi tak tahu nak pilih yang mana. Sedia ke aku nak terima mak tiri atau ayah tiri dalam satu rumah? Aku perempuan jadi memang kena berjaga-jaga kalau aku pilih tinggal dengan mak aku. Sebab aku bukannya kenal bakal suaminya.

Tapi nak tinggal dengan ayah aku pula. Aku tak rapat sangat dengan ayah aku. Perempuan tu pun, memang lah selama ni baik dengan aku. Tapi aku still tak tahu apa yang akan jadi bila dekat belakang ayah aku nanti. Takut jadi lain pula bila dia dah kahwin dengan ayah dan kami tinggal sebumbung.

Korang rasa, siapa yang patut aku pilih untuk aku tinggal serumah?

Anda masih keseorangan?

840,215 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen