Bakal timang anak kedua pada usia 23 tahun, Tajul pilih rahsiakan jantina anak hingga lahir

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan lagi satu rahsia apabila penyanyi Tajul Ariff bakal menimang cahaya mata kedua bersama isterinya Nurul Shamieza Eddie yang dijangka bersalin pada awal Mei depan.





Usia kandungan dah enam bulan


Menerusi laporan mStar Online, penyanyi yang berusia 23 tahun itu mengakui sudah bersedia untuk bekongsi berita gembira kerana usia kandungan isterinya sudah mencecah hampir enam bulan.

“Alhamdulillah kandungan isteri saya hampir mencecah enam bulan. Perut dia pun dah semakin membesar, jadi inilah waktu yang sesuai untuk saya kongsikan berita gembira kepada semua.

“Isteri tidak mengalami alahan yang teruk seperti kehamilan pertama, alahan yang teruk dan mengidam itu terkena pada saya,” katanya.

Melihat ke Instagram, isterinya juga turut memuat naik sekeping gambar menampakkan ‘baby bump’ sambil berposing dengan kandungan yang semakin membesar.


Rahsiakan jantina anak

Menurut penyanyi lagu Izinkan Aku itu juga menyatakan bahawa dia dan isteri sudah tahu akan jantina bayi kedua mereka namun memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu.

Tambah Tajul, kehamilan anak kedua ini memberi satu cabaran buat isterinya kerana terpaksa melahirkan anak mereka tanpa ditemani dirinya berikutan pandemik Covid-19.

“Tapi kalau boleh saya nak beri kejutan mengenai jantina. Lelaki atau perempuan, saya tak kisah asalkan bayi kami dalam keadaan sihat.

“Kali ini memang satu cabaran untuk kami sekeluarga. Risiko juga isteri nak pergi hospital dan dia pun akan bersalin tanpa saya di sisi,” tambahnya.

Terdahulu, Tajul telah mendirikan rumah tangga dengan isterinya pada tiga tahun lalu dan dikurniakan seorang anak perempuan Adriana Carisa yang kini berusia setahun.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen