Ibu selamat dikebumikan, kakak mangsa bot karam harap adik segera pulang

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak banjir melanda beberapa kawasan di negara ini, pelbagai kisah pilu dari mangsa banjir. Bukan sahaja harta benda habis dihanyutkan air namun penempatan sementara yang tidak selesa malah lebih sedih lagi kehilangan insan yang tersayang.



Kali ini kisah menyentuh hati apabila ibu dan anak dikatakan tenggelam ketika bot mereka naiki karam ketika merentasi sungai selepas meninjau rumah mereka yang ditenggelami air.



Mayat ibu ditemui


Seorang daripada dua beranak yang hilang selepas bot dinaiki mereka terbalik, ketika cuba merentasi Sungai Jelai dekat Kampung Bertang, telah ditemui dan telah selamat dikebumikan.



Mangsa, Rozi Omar, 52, ditemui dalam kebun pisang penduduk susulan banjir surut, kira-kira 100 meter dari lokasi bot karam, bagaimana pun ketika ini usaha mencari dan menyelamat (SAR) anak Rozi, Nur Zakirah Ahmad Husin, 19, sedang giat dilakukan.

Kakak harap adik pulang

Melihat ke laman Twitter milik kakak mangsa bernama Aina, dia masih berharap agar jasad adiknya itu dapat ditemui dengan segera malah meminta dia ramai agar pencarian tersebut bertemu jawapan.



Menerusi laporan Harian Metro, pada 12 tengah hari semalam, bot dinaiki Rozi dan Nur Zakirah bersama suami Rozi, Ahmad Husin Mad Aris, 52, dan seorang lagi anak mereka, Nur Aina, 23, karam di Sungai Jelai berhampiran jambatan gantung Kampung Bertang, Ulu Jelai, Sungai Koyan.



Bagaimanapun, semasa perjalanan bot mereka terbalik disebabkan arus deras. Dua mangsa terjatuh dalam sungai, manakala dua orang lagi terselamat

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen