Terlalu letih bantu penduduk kampung, remaja pengsan sebelum lemas jatuh perahu

Oleh: Zuzu Yasmine

Bencana banjir yang melanda di beberapa kawasan ini sememangnya agak membimbangkan. Dikatakan air yang naik begitu cepat hingga penduduk setempat tidak sempat menyelamatkan harta benda.



Baru-baru ini juga, beberapa berita sedih yang melibatkan mangsa banjir tular di media sosial, dan yang terbaru pula seorang remaja dipercayai terjatuh daripada perahu yang dinaiki semasa membantu memindahkan mangsa banjir.

Ketika pindahkan mangsa banjir

Perkara tersebut telah dikongsikan melalui Facebook Raja Asyraff Raja Razali yang menyatakan bahawa rakannya yang lebih mesra dipanggil Hakimi telah terjatuh ke dalam banjir dari perahu yang dinaikinya semasa membantu penduduk Kampung Manjor Kuala Krai berpindah ke tempat yang lebih selamat.



Terlalu letih

Difahamkan, Hakimi telah jatuh daripada perahunya ketika membawa dua orang penumpang sekitar jam 10 malam kerana pengsan disebabkan terlalu letih membantu penduduk kampung berpindah dan mengalihkan barang.



Ketika air mula naik sekitar jam 2 hingga 3 pagi, Hakimi juga telah mengejutkan penduduk kampung agar mengalihkan kenderaan mereka ke tampat yang lebih selamat dan tinggi.



Mayat telah ditemui

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat terkini daripada warganet yang juga merupakan rakan kepada mangsa menyatakan bahawa remaja yang terjatuh dari perahu itu telah ditemui.




Sejak beberapa hari lalu, hujan lebat telah menlanda negeri Kelantan hingga menyebabkan air naik di kawasan Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah dan beberapa jajahan lagi. Bahkan penduduk setempat juga dikatakan telah bersiap sedia untuk berpindah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen