Bakal bersatu kembali selepas setahun berjauhan, Dayah Bakar tak sabar jumpa suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Sentiasa menjadi inspirasi buat pasangan yang jalinkan hubungan secara jarak jauh, semangat dan kekuatan pengacara terkenal Dayah Bakar tentunya menjadi ikutan para isteri yang senasib dengannya.



Dari awal kehamilan lagi hingga anaknya kini berusia empat bulan, Dayah dan suami Kapten Hanif telah terpisah kerana Hanif terpaksa bertugas di Australia.

Perasaan bercampur baur

Walau bagaimanapun, Dayah dan anaknya Achbar Muhammad Fahri kini sudah tiba di Australia dan bakal bersatu dengan suaminya selepas selesai jalani kuarantin kendiri di sana.




Menurut Dayah, dia tidak dapat mengungkap perasaan yang dirasai selepas kali terakhir berjumpa dengan suami pada 6 Januari 2020 lalu.

“Susah nak ungkap perasaan sebab bercampur baur. Saya bersyukur, gembira, teruja, gementar, sebak pun ada.

“Masa kali terakhir saya lambai di lapangan terbang, hanya saya dan Hanif tetapi sebenarnya waktu itu Fahri dah ada,” katanya.

Terima kasih atas doa

Menerus Instagram miliknya, Dayah juga mengenangkan perjalanan hidupnya selama setahun ini dah meluahkan rasa syukur apabila dikelilingi orang yang baik-baik serta doa dari peminatnya.

Dayah dan Fahri juga dikatakan akan menetap bersama Hanif di Austrlia selama setahun.

Terdahulu, Dayah dan Hanif telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2018 dan menimang cahaya mata lelaki pada 17 Ogos 2020.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen