Tahniah! Zahirah & Aiman selamat timang bayi lelaki 5 Januari lalu

Oleh: Zuzu Yasmine

Berita yang ditunggu-tunggu buat peminat pasangan selebiriti Zahirah MacWilson dan juga suaminya Aiman Hakim Ridza telah memaklumkan bahawa mereka telah selamat menimang cahaya mata lelaki 5 Januari 2021.



Selamat timang anak lelaki


Khabar gembira tersebut dikongsikan melalui Instagram Aiman dengan memaklumkan Zahirah telah selamat melahirkan anak sulung mereka pada jam 2.26pm waktu Australia.



Menerusi akaun Instagram, Aiman juga menyatakan bahawa dia begitu teruja kerana memperoleh pengalaman berharga ketika menemani isteri tercinta di bilik bersalin ketika melahirkan anak mereka.

Dalam perkongsian itu juga, Aiman meluahkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana diberi anugerah yang tidak terhingga.



Bersyukur tak terhingga


Menjengah ke Instagram Zahirah, pelakon tersebut juga turut memuat naik gambar anak lelaki mereka.

Malah pelakon drama Curi-Curi Cinta juga menzahirkan rasa bersyukur yang tidak terhingga diatas kehadiran ahli baru dalam kehidupan mereka sekeluarga.




Terdahulu, pasangan ini telah terbang ke Australia untuk bersama keluarga Zahirah sepanjang proses bersalin dan berpantang nanti.

Pasangan ini juga telah melangsungkan perkahwinan pada Feruari 2020 di Kuala Lumpur.

Kedua-dua perkongsian tersebut telah dibanjiri dengan ucapan tahniah dari peminat dan juga rakan-rakan artis, malah turut memuji kecomelan bayi pasangan ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen