Usia 24 tahun berjaya buka francais J&T sendiri, cari modal dengan jual barang 'online'

Oleh: Zuzu Yasmine

Usaha anak muda sekarang dalam dunia perniagaan tidak boleh dipandang remeh lagi. Pelbagai kerjayaan yang dapat dilihat ketika ini malah usahanya itu sememangnya gigih dan patut mendapat pujian.



Perkara itu telah dibuktikan oleh seorang pemuda berusia 24 tahun apabila berjaya membuka francais perkhidmatan kurier miliknya sendiri.

24 tahun berjaya buka francais

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, iphonebylep dia telah berkongsi kerjayaannya membuka francais perkhidmatan kurier, J&T pada usianya 24 tahun.

Berkongsi pengalaman membuka francais khidmat kurier itu, pemuda berkenaan menyatakan bahawa dia hampir empat bulan menguruskan segala keperluan sebelum membuka perniagaan itu malah pada masa yang sama bergelar pelajar yang perlu mengikuti kelas secara online pada ketika ini.



Usaha jual pelbagai barang


Apa yang lebih mengejutkan lagi, pemuda berkenaan menyatakan bahawa membuka francais khidmat kurier itu atas usahanya sebelum ini yang bertungkus lumus mencari duit dengan menjual pelbagai barangan secara atas talian.



Dalam kesempatan itu juga, pemuda berkenaan juga berkongsi sedikit bagaimana cara untuk membuka francais J&T bagi mereka yang berminat untuk membuka di kawasan mereka.



Mohon doa ramai


Pemuda yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang landscape architecture turur meminta doa ramai akan kejayaannya dalam pembelajaran dan perniagaan kerana bergelar pelajar tahun akhir dalam bidang yang dipelajari malah ketika ini belajar sepenuhnya secara atas talian bukanlah satu yang mudah.


Perkongsian tersebut telah menjadi perhatian warganet yang rata-rata meninggalkan komen yang positif malah turut mengucapkan tahniah serta mendoakan agar urusan pemudah tersebut dipermudahkan pada masa akan datang.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen