Tunggu pelanggan bawah lampu, pakcik jual bundle sedih terpaksa tutup kerana PKP

Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan semalam pastinya mendapat bermacam-macam reaksi daripada seluruh rakyat Malaysia.

Ada yang masih tenang dan rasa biasa, ada juga yang mula tidak senang duduk memikirkan nasib mereka terutamanya kepada para peniaga.

Tunggu pelanggan di bawah lampu, tanpa kerusi

Demi mencari sesuap nasi untuk keluarga, seorang pakcik yang merupakan ketua keluarga ini menjual barangan bundle di tepi jalan bagi menyara keperluan asas keluarganya. Menerusi video yang dikongsikan oleh saudara bilfami baru-baru ini telah mengundang sebak ramai warganet berikutan melihat keadaan pakcik itu berniaga tanpa khemah dan hanya beralaskan kain untuk meletak barang jualan dan juga lampu jalan menerangi tapak dia berniaga.

Pengumuman PKP mengundang keresahan dan sebak

Apabila saudara bilfami mendekatinya dengan niat ingin berjual beli sambil-sambil bersembang berkenaan dengan pengumuman PKP yang dikhabarkan sebelum itu membuatkan warga emas itu hilang kata-kata seketika. Perasaan di hati pada waktu itu tak siapa yang tahu.

Allah sentiasa bersama dengan orang yang baik

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Sedar tak sedar posting bilfami sejak semalam telah dibanjiri dengan ribuan komen warganet. 

Rata-rata mereka mendoakan agar pakcik itu dimurahkan rezekinya dan ada juga yang ingin berkongsi rezeki bersama dengan meminta nombor akaun bagi meringankan sedikit bebanan pak cik itu.

Melihat usaha warganet yang ingin menghulurkan bantuan kini bilfahmi menyediakan akaun bank yang khas bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan. Semoga semua yang mendoakan dan membantu mendapat kebaikan dari allah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen