Bahagia jadi termuda, wanita tak kisah jadi isteri kelima suami berusia 49 tahun

Oleh: Zuzu Yasmine

Bercakap soal bermadu atau poligami ni tentunya sangat sensitif di hati seorang wanita. Walaupun di sisi agama membenarkan, namun tidak semua wanita rela hidup berkongsi kasih ini.

Namun, jika sudah tertulis bahawa terpaksa berkongsi kasih tentunya terpaksa dilalui juga macam mana cara sekali pun.



Akan tetapi lain pula dengan wanita ini apabila lebih terbuka akan kisah rumah tangganya yang dikatakan hidup secara berpoligami.

Gembira bermadu

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Karina mendedahkan bahawa dia menjadi isteri kelima suaminya malah antara yang termuda di antara madu-madu yang lain.

Menurut wanita berusia 25 tahun itu, dia menyatakan bahawa isteri pertama suaminya telah meninggal dunia manakala isteri keempat pula telah bercerai. Kini tinggal 3 daripadanya masih mempunyai hubungan yang sah.



Bukan itu sahaja, Karina juga menyatakan bahawa suaminya itu berusia 49 tahun, malah mereka bahagia dalam membina rumah tangga bersama.

Jadi yang paling disayang

Tambahnya, walaupun berkongsi kasih itu bukan satu hal yang mudah, namun Karina tidak menganggap bahawa itu satu masalah besar asalkan suaminya sentiasa berlaku adil dan bertanggungjawab terhadap semua isteri-isterinya yang lain.

Karina juga menyatakan dia gembira menjadi isteri termuda kerana sering dibawa ke mana-mana dan paling disayangi oleh suaminya.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan bahawa beruntung menjadi isteri termuda dan yang paling disayangi. Malah ada juga menyatakan bahawa jodoh, ajal dan maut itu semua telah ditentukan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen