Presiden Indonesia terima suntikan pertama vaksin Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Penularan wabak Covid-19 ini sememangnya membimbang seluruh dunia, lebih-lebih lagi apabila pernambahan kes setiap hari tanpa tahu bila akan menurun.



Berikutan itu, hari ini Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 bagi menyakinkan rakyatnya terhadap vaksin berkenaan dan disiarkan secara langsung menerusi Youtube Sekretariat Presiden.



Diikuti pertugas kesihatan

Menerusi laporan Harian Metro, Jokowi diberikan suntikan vaksin Sinovac pada 9.40 pagi waktu Indonesia barat, sebelum diikuti beberapa menteri kabinetnya serta Ketua Polis Indonesia, Idham Azis dan Panglima Tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto.



Difahamkan, proses vaksinasi itu akan diteruskan ke provinsi-provinsi lain secara serentak mulai esok, dengan keutamaan diberikan kepada petugas kesihatan, pemimpin setempat dan seterusnya, rakyat Indonesia.



Vaksin diberi secara percuma

vaksin Covid-19 itu akan diberikan secara percuma kepada rakyat republik berkenaan dengan menyasarkan suntikan kepada 182 juta penduduk daripada jumlah penduduk Indonesia yang hampir 290 juta.

Suntikan tidak termasuk kanak-kanak dan mereka yang berusia 60 tahun ke atas serta golongan berisiko seperti ibu mengandung dan sebagainya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen