Hari pertama PKP, Hafiz Mahamad disahkan positif Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Pastinya ramai yang mengenali usahawan dan juga selebriti media sosial Hafiz Mahamad yang sering menghulurkan bantuan kepada mereka memerlukan serta terkenal dengan sikap romantis pada isteri tercinta.



Baru-baru ini juga, usahawan muda ini telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir selepas dirinya juga turut terkandas di dalam banjir tersebut.

Disahkan positif

Bagaimanapun, pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam usahawan muda ini telah disahkan positif Covid-19.

Berita mengejutkan itu telah dikongsi menerusi laman Instagram miliknya pada lewat malam Rabu selepas PKP berkuatkuasa.

“PKP ni, ingat nak luangkan masa dengan keluarga di rumah sebab sebelum ini jarang ada waktu free sepenuhnya.

“Nah, bangun je pagi bila terima keputusan dan terus ambil bag bawa ke bilik bawah untuk saya kuarantin,” luahnya.

Menurutnya, dia dan keluarga sering melakukan ‘swab test’ untuk memastikan dirinya sihat dan keputusan juga sentiasa negatif, namun semalam dirinya disahkan positif.

Anak dan isteri negatif

Walaupun begitu, Hafiz meluahkan rasa syukur apabila isteri, Syafiqah Aina dan anak perempuannya, Raisya Arisa disahkan negatif wabak tersebut.



Sentiasa jaga diri

Usahawan 27 tahun itu juga berharap semua pengikutnya dalam keadaan baik malah turut menasihati sesiapa yang mengalami situasi sama seperti dirinya agar bertenang dan doa yang baik-baik sahaja.

Hafiz turut mengingati bahawa mereka yang masih sihat dan negatif untuk jaga jaga diri sebaik mungkin dan gunakan waktu yang ada untuk bersama keluarga.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat buat dirinya dan turut mendoakan kesembuhannya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen