Hasrat nak daftar nikah, pasangan tentera selamat jadi suami isteri dengan baju celoreng

Oleh: Zuzu Yasmine

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini nampaknya ramai pasangan yang memilih untuk menghalalkan hubungan mereka dengan segera. Tidak mahu menanggugkan lebih lama kerana tidak tahu bila PKP ini akan berakhir.

Kalau sebelum ini masing-masing sibuk buat persiapan akhir yang tidak sampai 24 jam, namun lain pula dengan pasangan ini apabila dinasihati agar terus bernikah.




Menerusi laporan Harian Metro, Amir Farhan Abu Hanipah, 28, yang anggota Rejimen Ke-2 Artileri Diraja di Kem Mahkota itu, selamat diijabkabulkan dengan pasangan, Noor Asmiza Rosli, 25, yang juga anggota tentera yang bertugas di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Sungai Lunchoo, Masai, Selasa lalu.

Niat nak daftar nikah

Difahamkan, awalnya mereka hanya bercadang untuk mendaftar pernikahan mereka, namun mereka dinasihati terus bernikah berikutan PKP.

"Kami datang sebenarnya untuk daftar perkahwinan, tetapi dinasihatkan terus nikah kerana PKP," katanya.

Terima cadangan tok kadi

Mereka merancang untuk bernikah pada 22 Januari, namun menerima cadangan pihak Pejabat Agama Daerah Kluang untuk melangsungkan pernikahan sebelum PKP berikutan pada 13 Januari majlis pernikahan tidak dibenarkan hingga tamat tempoh PKP.

"Ketika datang ke pejabat agama membuat pendaftaran kami memakai seragam tentera.

"Dalam masa sama, pihak pejabat agama menghubungi keluarga kami dan mereka setuju untuk kami bernikah pada hari itu bersama-sama dengan 41 pasangan pengantin lain," kongsinya.

Bersyukur

Menurut Amir, dia bersyukur walaupun perkahwinan mereka dilangsungkan dengan pakaian celoreng namun ia cukup bermakna apatah lagi ia berlaku tanpa diduga.

"Insha-Allah jika tidak ada aral majlis persandingan akan diadakan selepas PKP," katanya.

Amir Farhan berkata, apa yang penting semua perkara wajib sudah ditunaikan dan mereka kini bergelar suami isteri.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen