Syekh Ali Jaber rela tak pegang telefon selama 2 tahun, demi jaga hati isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Syekh Ali Jaber merupakan ulama terkenal Indonesia yang cukup disayangi oleh pengikutnya. Pemergian beliau disebabkan terkena jangkitan wabak Covid-19 tentunya sangat mendukacitakan semua pihak.

Semasa beliau masih hidup, ulama ini cukup menjaga keharmonian rumahtangga walaupun sibuk dengan urusan dakwah ke merata tempat.



Pada tahun lalu, beliau pernah hadir dalam program Okay Bos yang mana Raffi Ahmad dan Vicky Prasetyo menjadi pengacara program tersebut.

Tidak pegang telefon bimbit selama 2 tahun

Beliau ditanya akan kebenaran tidak menggunakan telefon bimbit selama dua tahun kerana isterinya sering cemburu, dan ulama ini mengiyakan perkara tersebut.



Hormati perasaan isteri

Menurutnya, hal itu dilakukan demi menghormati perasaan isterinya, Umi Nadia yang berasa cemburu suaminya bergambar dengan perempuan lain selepas habis kuliah agama disampaikan.

“Hal ini biasanya berlaku apabila peminat dan jemaah memberikan tanda emsosi hati terhadapnya. Biasa hal ini terjadi, ada yang menulis di whatsapp dan memberikan tanda emoji hati,” katanya.

Wajar isteri cemburu

Allahyarham juga menyatakan adalah wajar jika isteri mempunyai perasaan cemburu terhadap suaminya sendiri.

“Wajar perempuan berasa cemburu dan semestinya terhadap kita sang suaminya. Marah terhadap cemburu atau kita menghormati rasa cemburunya dan bersikap baik untuk menenangkan hatinya. Kita harus memilih antara satunya. Dan saya pilih menenangkan hati ister,” ujarnya dalam perkongsian tersebut.

Tambah ulama ini lagi, suami tidak seharusnya membuat hati isteri resah dengan semua perlakuan dan suami harus menjaga perilaku agar isteri tidak berasa cemburu.

Sememangnya, ulama ini begitu menyayangi isterinya malah sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga hati isteri tercinta. Al-fatihah buat beliau.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen