Elak bosan dikuarantin, geng lelaki sakan buat 'fashion show' baju ibu bersalin

Oleh: Zuzu Yasmine

Peningkatan kes Covid-19 dari hari ke hari semakin membimbangkan, malah angka kes yang terkini juga hampir mencecah 4 ribu sehari.

Berikutan akan perkara itu, pusat kuarantin di seluruh negara tentunya alami kepadatan termasuklah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).



Walaupun saling tidak mengenali antara satu sama lain, namun pelbagai aktiviti telah dilakukan bersama oleh mereka yang sedang jalani kuarantin di sana, malah turut memberikan semangat positif kepada mereka yang dijangkiti wabak ini.



Sempat buat fashion show

Dalam perkongsian seorang pengguna aplikasi TikTok yang dikenali sebagai Syahida, dia telah memuat naik video akitiviti yang dilakukan oleh teman lelakinya ketika dikuarantin bersama penghuni yang lain.



Bagi mengelakkan rasa bosan dalam kalangan mereka, teman lelakinya berserta kenalan baru yang turut dikuarantin di MAEPS telah melakukan fashion show dengan baju yang sering digunakan oleh ibu-ibu hamil di wad bersalin.



Frontliners pun join sekali

Berdasarkan video yang lain, mereka yang dikuarantin juga terlihat melakukan senaman ringkas bersama barisan frontliners bagi menambah kecergasan ketika mereka di sana.



Terhibur dengan gelagat mereka yang dikuarantin, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Malah mereka juga turut mendoakan agar para penghuni pusat kuarantin MAEPS segera sembuh dan bebas daripada pandemik yang menular ketika ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen