Pengantin pilih majlis kahwin secara 'drive thru' tetap meriah dengan tetamu

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan Covid-19 semakin menggans, pihak kerajaan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengadakan lagi sekali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi mengawal keadaan ini.

Sebelum bermulanya PKP 2.0 di beberapa kawasan, ramai pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga mengambil langkah segera dengan menjalani akad nikah sebelum PKP dilaksanakan.



Seperti yang ramai tahu ketika PKP, majlis kahwin secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan, oleh itu pasangan pengantin perlu bijak mengatur racangan bagi mengadakan majlis meraikan hari bahagia mereka.

Seperti pasangan pengantin baru ini yang dikenali sebagai Dyana Nurdin dan suaminya Mat Din telah mengambil langkah bijak apabila meraikan hari bahagia mereka.



Banyak save bajet ni

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Muhammad Nashuha yang juga merupakan jurugambar pasangan ini menyatakan bahawa majlis tersebut penuh dengan kesederhanaan.

Tambah Nashuha, buat yang ingin mendirikan rumah tangga, pada waktu ini adalah waktu yang sesuai kerana menjimatkan perbelanjaan.



Tetamu hanya drive thru je

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, pasangan pengantin itu terlihat sedondon dengan busana nikah serba putih sambil sibuk menguruskan juadah tetamu.



Yang uniknya, setiap tetamu yang hadir itu hanya ‘drive thru’ ke majlis pasangan ini, malah mereka turut menerima buah tangan dari kedua mempelai.



Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian dari warganet yang memuji pengantin perempuan malah turut merasakan ini salah satu cara yang mudah bagi meraikan hari bahagia ketika wabak Covid-19 melanda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen