Gara-gara takut lipas, suami sanggup merayu pada isteri minta jauhi serangga tersebut

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya orang perempuan lebih mudah geli akan cicak, tikus ataupun lipas. Bila nampak serangga dan haiwan kecil ini tentunya masing-masing akan menjerit dan melompat ketakutan.

Malah, ada juga yang menangis teresak-esak gara-gara takut dan geli haiwan tersebut.



Namun, lain pula dengan pasangan ini apabila suaminya takut akan haiwan kecil tersebut hingga lari lintang pukang apabila melihatnya.

Sengaja ambil lipas

Berdasarkan video yang dimuat naik di aplikasi TikTok oleh Syafiqah Elmyra, dia terjumpa akan lipas yang sudah mati di garaj rumahnya.



Tahu akan suaminya yang takut lipas, dia kemudian mengambil lipas tersebut dan sengaja tunjukkan pada suaminya.



Terkejut melihat isterinya memegang serangga tersebut, suami Syafiqah segera cuba berlari dan menjauhi isterinya.



Merayu tak nak lipas

Sambil berseloroh Syafiqah semapat memanggil suaminya mendekatinya. Malah, suaminya juga sempat merayu agar tidak mencampakkan lipas tersebut kepadanya.



Dengan sengaja, Syafiqah mencampak lipas mati itu ke arah suaminya hingga membuatkan lelaki berkenaan berlari ke belakang rumah.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat pasangan ini terutama gelak ‘jahat’ Syafiqah semasa menyakat suaminya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen